EdisiViral.Com Search Guest Post Login

KMM: Mahathir Akui Gagal Jaga Melayu Annuar

0 month ago, 10-Oct-2019


Kerajaan Pakatan Harapan (PH) jelas mengakui tidak berupaya menjaga kepentingan orang Melayu kerana tidak cukup Melayu lantaran perpecahan berlaku pada kaum itu.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pengakuan secara terbuka ketika berucap di Kongres Maruah Melayu di Stadium Melawati Shah Alam , Sabtu.

Mahathir juga menyalahkan perpecahan orang Melayu adalah punca kekuatan orang Melayu kian tergugat.

Rumusan itu dinyatakan oleh Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa selepas mendengar ucapan Mahathir semasa turut hadir mengetuai delegasi UMNO yang dijemput menghadiri program tersebut.

Menurut Annuar, Mahathir juga menjelaskan kekuatan dalam kerajaan juga terjejas akibat daripada perpecahan yang berlaku hari ini.

Hari ini Mahathir telah buat pengakuan dua perkara penting, pertama beliau mengakui kerajaan hari ini tidak cukup Melayu dan tidak berupaya menjalankan agenda Melayu.

Jadi ini dua pengakuan yang dibuat dan itu sememangnya kita dah nampak begitu, katanya ketika ditemui di Shah Alam.

Atas dasar itulah tegas Annuar, UMNO dan PAS mencari jalan menerusi gagasan penyatuan ummah.

Kita nampak kerajaan sekarang lemah, kita juga nampak kerajaan sekarang terlalu banyak menjaga hati dan hari ini Mahathir membuat pengakuan.

Sebab itulah gagasan penyatuan ummah antara UMNO dan PAS kita merasakan kita harus mencari jalan untuk menyelesaikan perkara tersebut kerana kerajaan sekarang tidak mampu, tambah beliau.


SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic


loading...