EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Tun Mahathir Digesa Singkirkan Hanipa

0 month ago, 10-Oct-2019

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed diminta bertindak segera menyusun semula kabinet supaya menteri yang tidak berkualiti disingkirkan dari memegang jawatan dalam kerajaan tersebut.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, ramai ahli parlimen membidas sikap Ahli Parlimen (PAN) Sepang, Hanipa Maidin dengan menyifatkan beliau tidak serius menjawab persoalan yang ditimbulkan ahli dewan rakyat.

Menurutnya, tindakan itu menyebabkan dewan rakyat menjadi kecoh dan hingar bingar dengan suara protes terutama dari ahli parlimen pembangkang.

Insiden itu disifatkan sebagai kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal memilih timbalan menteri yang berwibawa sekali gus kerajaan itu didakwa gagal mengurus negara dengan baik.

Mungkin ini petanda kegagalan Kerajaan PH sekarang ini hingga gagal mengurus negara dengan baik dikeranakan tersalah pilih menteri dan timbalan menteri yang tidak kena pada tempatnya.

Sesi penggulungan adalah masa yang sangat berharga untuk Menteri menjawab hujah-hujah yang dikemukakan semasa perbahasan. Bukan taraf menteri untuk memprovokasi, memperlekeh wakil-wakil rakyat, menyambung fitnah taraf media sosial. ujarnya.

Oleh itu, beliau mengulas insiden kekecohan itu ketika Hanipa menggulung perbahasan Rang Undang-undang (RUU) pemansuhan Akta Antiberita Tidak Benar 2019 di Dewan Rakyat semalam.

Saya ingin mengulas sikit kekecohan yang memalukan yang berlaku ketika Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Hanipa Maidin menggulung perbahasan Rang Undang-undang Pemansuhan Akta Anti Berita Tidak Benar.

Bukan sekali dua saya pernah memuji Menteri PH yamg beri jawapan atau penggulungan bila jawapan mereka baik, berkualiti dan dengan adab selayaknya sebagai seorang penjawat jawatan Menteri.

Tetapi peristiwa petang tadi (semalam) benar-benar membuat saya berharap Perdana Menteri menyusun kembali Kabinet yang ada, kata Ahmad Amzad ketika dihubungi semalam.

Dewan Rakyat sekali lagi meluluskan Rang Undang-undang (RUU) pemansuhan Akta Antiberita Tidak Benar 2019 hari ini.

Seramai 92 ahli parlimen menyokong pemansuhan RUU itu, manakala 51 yang lain mahu ia dikekalkan.

Speaker Dewan Rakyat Mohamad Arif Md Yusof mengarahkan pengundian blok atas selepas diminta Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob.

Seramai 25 ahli parlimen menyertai perdebatan peringkat dasar sejak dua hari lalu.




Live Website Traffic


loading...