EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Guru Madrasah Bakar Tangan Semua Murid Gara-gara RM3.40 Hilang Dari Tabung

0 month ago, 06-Apr-2021


Tindakan seorang guru madrasah di Indonesia yang menyalakan api di telapak tangan kesemua murid selepas mendapati wang berjumlah 12,000 rupiah (RM3.42) milik tabung sekolah hilang mengundang kecaman netizen, lapor laman web Sindo News semalam.

Guru Madrasah Ibtidaiyah Nurul Huda di daerah Lumajang, Jawa Timur itu menyalakan api pada telapak tangan setiap muridnya selepas berang kerana tiada seorang pun yang mengaku mengambil wang tersebut.

Ibu kepada salah seorang murid yang menjadi mangsa, Surami memberitahu anaknya hanya memberitahu tentang kejadian selepas beberapa hari ia berlaku.

Anak saya merupakan salah seorang mangsa guru tersebut dan saya hanya dimaklumkan tentang perkara itu beberapa hari selepas kejadian.

Memandangkan tiada sesiapa mengaku mengambil wang yang hilang, guru tersebut tergamak menyalakan api pada telapak tangan setiap murid, kata Surami.

Lokasi madrasah di mana kejadian guru bakar tangan murid berlaku di Jawa Timur. -iNewsTV

Ibu bapa pelajar lain yang menjadi mangsa guru itu melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis Gucialit.

Sehingga kini, tiada pengesahan tentang kejadian itu yang dibuat pihak madrasah itu kerana ia ditutup.

: Kosmo!




SUMBER : penangkini.com



Live Website Traffic


loading...