EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kes buli di Machang: 4 remaja ditahan

0 month ago, 09-Jan-2020

EMPAT remaja ditahan polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Machang, hari inidipercayai terbabit dalam video buli yang tular.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy berkata, empat remaja itu berusia 13 sehingga 15 tahun.

Katanya, hasil siasatan awal, kejadian dipercayai berlaku 2 petang, 21 November tahun lalu di belakang sekolah di Machang.

Mangsa yang berusia 14 tahun itu datang membuat laporan polis, hari ini selepas video kejadian ditularkan sejak semalam.

Remaja itu mendakwa pada hari kejadian, dia dipanggil rakannya ke lokasi di belakang sekolah sebelum pelaku yang juga rakan yang dia kenali meminta wang daripadanya dan mangsa memberi RM5 tetapi tidak mencukupi sebelum ditendang pelaku, katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, mangsa memberitahu sebelum dia disepak suspek, dia turut menyepak rakan yang memanggilnya ke lokasi kejadian.

Rakaman video berdurasi 29 saat memaparkan seorang remaja lelaki memeras ugut pelajar sebelum menyepak tubuh mangsa tular sejak semalam.

Remaja berkenaan turut mengeluarkan kata-kata kurang sopan sehingga menimbulkan kemarahan netizen.

Berita berkaitan:


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...