EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Nak Buat Macam Mana..Sebab PKP.. Badan Berisi Seolah Hamil, Ini Respon Hos GV8 Jihan Muse

0 month ago, 22-Nov-2021

Setelah agak lama menyepi di atas pentas pengacaraan berikutan perlaksanaan PKP sebelum ini, kemunculan Jihan Muse pada malam konsert minggu pertama program nyanyian Gegar Vaganza musim ke-8 ternyata telah meraih perhatian netizen.

Manakan tidak, perubahan bentuk tubuh badan pelawak dan personaliti TV itu dilihat sedikit berbeza dan berisi sekaligus menimbulkan desas-desus dalam kalangan netizen mengenai wanita itu kini sedang hamil anak kedua.

Advertisement

Malah, pengarah dan penerbit drama terkenal Michael Ang juga seolah menyedari perubahan tersebut apabila dia menciap twit berbaur persoalan di laman media sosial Twitter, semalam.

Tambah mengukuhkan dakwaan, Jihan seolah-olah menyembunyikan perut ketika menggayakan busana hijau pada malam itu.

Advertisement

Tampil menjawab spekulasi tersebut, Jihan menafikan bahawa dia kini sedang hamil namun sedang merancang untuk menimang cahaya mata kedua bersama suami.

“Kita nak (hamil), doakanlah kita hamil. Tapi sebab sama kan. Nak buat macam mana, naiklah (badan) sebab PKP ni. Belum lagi.. tak betullah, tapi kita nak doa tu sebab memang nak (hamil). Kita aminkan je lah.

Dalam pada itu, Jihan menjelaskan bahawa dia enggan terlalu ghairah berkongsikan mengenai perkara itu jika ia masih dalam tempoh awal kehamilan.

Jihan juga enggan menyalahkan pereka fesyennya yang mungkin mencetuskan perbualan orang ramai di luar sana.

“Di patung dan gambar cantik..tapi tak nak salahkan orang, salahkan badan sendiri…” ujarnya lagi.

Sekadar info, Jihan telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ungku Haris pada 20 Mac 2016 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ungku Arsalan Haq yang kini berusia 4 tahun.

3 minggu lalu

Mula Mengacara Sejak 2014, Jihan Muse Akui Tanggungjawab Sebagai Hos Bukan Mudah

Nak Buat Macam Mana..Sebab PKP.. Badan Berisi Seolah Hamil, Ini Respon Hos GV8 Jihan Muse first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





Live Website Traffic


loading...