EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Macam-Macam Cara Boleh Bersedekah, Ini Yang Kreatif & Terbaik!

0 month ago, 20-Nov-2020

Perbanyakan berkongsi rezeki dengan orang lain, nescaya Allah akan perbanyakan rezeki kita!

Nak melakukan kebaikan dengan amalan sedekah boleh saja pada bila-bila masa. Tak perlu nak beria, asalkan secara kecil-kecilan, atau apa yang mampu sedikit sebanyak boleh meringankan beban dan memuliakan diri dan orang lain.

Kali ini, Wanista nak berkongsi kepada anda beberapa cara kreatif dan terbaik untuk mendorong anda mengamalkan sikap yang mulia tersebut. Perlahan-lahan buat, lama-kelamaan jadi kebiasaan.

IKLAN

1. akkan sedikit makanan kucing dan mangkuk air di luar rumah untuk kucing-kucing jalanan yang datang. Atau mungkin juga burung yang selalu bertenggek di koridor rumah.

2. Sisihkan sedikit dari hasil gajianda untuk disumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim.

3. Sentiasa sediakan wang kecildi dalam dompet untuk diberikan kepada mereka yang susah.

Foto Harian Metro

4. akkan sebuah kotak kecil di bilik. Setiap kali anda merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dalamnya. Genap sebulan, buka kotak tersebut dan sedekahkan wang itu kepada mereka yang memerlukan.

5. Jika anda hadir pada acara keramaian (keluarga atau sahabat), belilah satu atau dua kotak air mineral,dan niatkan untuk sedekah kepada mereka.

6. Jika andamembeli barang dari peniaga-peniaga kecil, kemudian peniaga berkenaan ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuk mereka sebagai suatu sedekah.

Foto Viva

7. Belilah Al-Quran untuk diletakkan di masjid. Bayangkan berapa pahala yang akan andadapat dari setiap huruf ayat yang dibaca oleh mereka yang datang ke masjid.

8. Berikanlah perasaan gembirakepada semuaorang, khususnya kepadamerekayangsedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapandoa yang ikhlas.

IKLAN

9. Lemparkan senyuman kepadaorang yang anda temui, berilah salam danbertuturlahdengan ucapan yang baik kerana semua itu merupakan suatu sedekah.

Foto Salam Web Today

10. Sebelum tidur,ampuni setiap orangyang telah menyakiti dan menzalimi diri anda.

11. Sedekahkan Al-Fatihah kepada ahli keluarga atau sahabat handai yang telah meninggal dunia.

Sama-sama kita amalkan. Insyaallah!

RUJUKAN : Facebook Syukur Alhamdulillah



SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...