EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Maafkan Mama, Anak Dijangkiti Influenza A, Mungkin Lepas Main Di Taman Permainan

1 month ago, 14-Jan-2020


Wabak Influenza ini semakin mengganas dalam kalangan masyarakat kita terutama pada kanak-kanak mudah dijangkiti Influenza A. Wabak  ini bukan sahaja terkena pada Malaysia malah satu dunia terkesan.

Bukan itu sahaja, serangan wabak ini jika tidak diberi perhatian secara lanjut boleh menyebabkan kematian insan tersayang. Oleh itu, para ibu bapa dinasihatkan untuk lebih berjaga-jaga untuk mengelakkan anak anda daripada dijangkiti Influenza A ini.

Satu perkongsian daripada Herni Hussin di mana pengalaman cemas apabila anak kesayangannya diserang demam panas secara tiba-tiba. Pihak hospital mengesahkan bahawa anaknya disahkan dijangkiti Influenza A. Ikuti perkongsian ini untuk manfaat kita semua.

Yes, Umar Naufal Positive Dijangkiti Influenza A! Not B or C, its A! Kalau dalam SPM dapat A ni kira seronok sangat dah. Kes ni aku tak seronok okay!

Macam mana Umar Naufal dapat terjebak dan dijangkiti influenza A ni?
Meh aku bagi kronologi sikit.

6/1/2020

Umar Naufal start masuk playschool for first day. First day dia memang takde masalah, budak lain datang playschool nangis-nangis nak balik, anak aku masuk pintu school terus terlompat-lompat tak ingat mak pak dia.

Balik dari school, aku yang amik. Memang aku dah rasa dedor badan dia tapi aku tak check suhu sebab dedor je then dia still aktif semua.


7/1/2020

Pagi tu dia macam biasa, still aktif. Badan takde dedor. Okay je. Still excited nak pergi school walaupun budak lain masih menangis-menangis tak nak school. Balik petang tu husband aku yang amik.

Dia cakap badan anak panas tapi cikgu tak cakap apa-apa, call inform aku pun tak. So aku tak sure badan dia panas sangat-sangat dari pukul berapa. Aku check suhu 39.5c!! Kat rumah memang aku ada simpan syrup pcm, terus aku bagi. Dan malam tu jugak dia start lemah, tak aktif. Makan pun sikit je. Selsema dengan batuk pun dah start.

8/1/2020

Ni kemuncak demam. Aku bagi dia syrup pcm setiap 6 jam. Aku check temperature dia still 39.2-39.8. Kenapalah tak turun-turun demam ni? Umar Naufal makin lemah, tak aktif. Dia asyik nak merap.

Aku bagi makan pun sikit je makannya. Tengah hari tu aku tidurkan dia. Dia meracau time tidur. Terkejut tidur. Aku tak sedap hati, pukul 2 aku bawak dia pergi klinik.

Ramainya lah manusia kat klinik ni. Umar Naufal pulak nak berdukung je. Tak nak jalan. Yelah dia demam tinggi tak larat lah. Hampir 45 minit tunggu, baru aku boleh register. Lepas register, terus diarah untuk amik vital sign.

Nurse check temperature, 39.1c. Dia suruh aku pergi bilik 17, untuk amik darah fbc. Dah amik darah, kena hantar darah ke makmal dan tunggu result. Dapat result jumpa doktor.

Doktor check Umar Naufal n result darah. WBC : 3.2 HB :12.2 PLATELET :110. Platelet drop. Dr suspek dengue fever. Dr suruh buat combo dengue test. Sekali lagi pergi makmal, tunggu result 45 minit. Result NS1:negative, IgG:negative IgM:negative.

Jumpa dr. Dr cakap walaupun result negative dengue fever, kita still treat as dengue. Aku macam speechless kejap. Okay, doktor suruh datang hari-hari untuk amik fbc. Aku tanya bukan influenza ke dr? Dia cakap buat masa sekarang takde tanda2 influenza?

Instinct mak mak tak pernah salah

Balik rumah aku still tak sedap hati. Instinct mak-mak. U know what i mean. Then, ada doktor tempat aku kerja wassap aku tanya ada buat influenza screening test tak.

Aku cakap takde sebab klinik yang pergi haritu takde test tu. Dia suggest aku untuk pergi private centre buat test tu. Gigih lah aku Google kat mana aku boleh buat test tu. Klinik ni yang paling dekat dengan aku.

Aku call klinik tu then dia cakap memang ada test tu kat klinik dia. Aku pun lincah call husband, suruh dia balik awal sikit sebab nak pergi Subang. Husband aku pun setuju. Dia balik kerja berdesup kitorang terus pergi klinik tu.

Sampai klinik, then doktor tanya Umar Naufal ada pergi taska ke, aku cakap ya, dia baru start 2 hari. Doktor cakap impossible boleh dapat dari taska.

Maafkan mama sayang

Doktor tanya lagi ada bawak dia pergi tempat orang ramai ke weekend hari tu and aku fikir-fikir semula. Ada! Ahad lepas aku bawak Umar naufal main dekat taman permainan area rumah aku.

Doktor pun senyum cakap kat aku kemungkinan besar dia dapat dari taman tu. Aku dah macam maafkan mama sayang, mama tak protect kamu, mama bawak kamu pergi taman.

Doktor pun start buat influenza screening test. Dia amik sample dari hidung. Tak perlu amik darah pun untuk influenza screening test. Just perlu nasal swab.

Budak kecik tu memang meraung lah time doktor korek hidung dia. Result tak amik masa lama. Kit screening test dia macam pregnancy test tu haa. Tunggu dia naik line je. Mula-mula aku ingat negative. Aku dah lega tapi doktor cakap tuggu sampai kit tu betul-betul kering.

Tadaaaa!!!! INFLUENZA A POSITIVE! time tu aku rasa mcm nak suruh doktor buat 10x semula, mcm tak percaya. Aku tarik nafas mengeluh.

Doktor explain kat aku. Result positive influenza A. Tapi kat klinik dia takde ubat Tamiflu. Doktor ada suggest beberapa hospital swasta yang berdekatan. Kemungkinan ada ubat di sana. Total yang aku kena bayar RM80. Doktor bagi full referral letter untuk aku bawak pergi mana-mana hospital yang aku pilih nak pergi.

Kenapalah aku tak buat medical card awal-awal

Dalam kereta aku cuba untuk fokuskan kepala otak aku semula. Aku bincang dengan husband aku nak bawak Umar Naufal pergi ke mana. Aku cakap aku ada buatkan Umar Naufal insurans tapi still dalam waiting period. Kalau tak, kita dh boleh guna medical card dia tu. Time ni aku rasa mcm kenapa lah aku tak buat medical card tu awai-awai.

Rasa menyesal gila tapi apa nak buat benda dah jadi. Tapi sekarang aku dah ada medical card tu, akan datang aku dah boleh guna walaupun sekarang still tak boleh lagi.

Aku Whatsapp kawan-kawan aku tanya sama ada ED WCHKL terima ke tak patient influenza A. Dorang suggest aku terus pergi ED WCHK. Dalam masa yang sama aku call semua private centre terdekat dengan aku. Sunway medical centre bagitahu tamiflu kat dorang limited stock, just untuk patient in ward sahaja, ward dorang pun dah penuh.

Aku call Columbia Asia Puchong jawapan yg sama aku dapat. Aku call Columbia Asia Bukit Rimau, diorang cakap ubat ada, ward pun still available tapi dah hampir penuh. Aku bincang dengan suami aku kita nak pergi mana ni. Last-last aku yang buat keputusan untuk pergi ED Wchkl.

Sampai kat kaunter ED Paeds wch, MA kat depan dah inform aku bagitahu kemungkinan lambat nk jumpa doktor ambil masa 4-5 jam. Time tu aku dah goyah sikit tapi aku redah je lah. Tunggu punya tunggu sampai beku tangan kebas punggung. Dari pukul 10.30 malam sampai pukul 4.30 pagi baru nama Umar Naufal kena panggil. 6 jam oii tunggu.

Ada patient dari pukul 4.30 petang, pukul 3 pagi baru panggil. Aku mcm wooooowooww! Even aku kerja wch, aku faham sistem HIS tu memang melambatkan kerja tapi ini terlampau lambat. Staff tak cukup. Patient with symptoms of influenza punya lah ramai.

MA yang duduk dekat secondary triage. Aku respect gila-gila. Dia sorang kena buat semua kerja. Dia lah yang buat vital sign patient amik history semua dan dia lah yang enter dalam komputer untuk masuk nama dalam sistem. 

9/1/2020

Umar Naufal makin lembik dan lemah. Tak larat sangat dah aku tengok tapi alhamdulillah dia still nak minum air walaupun sikit. Makan memang langsung tak nak, susu pun sama.

Petang tu aku decide bawak dia pergi Columbia Asia Hospital Bukit Rimau. Sampai sana, admin memang cakap awal-awal, ward dah penuh tak boleh terima admission lagi. Aku cakap kalau nak beli ubat Tamiflu je boleh ke? Dorang cakap boleh, alhamdulillah. Kena charge RM71. Takde lah mahal mana still boleh beli lagi. Balik rumah aku terus bagi ubat tu.

10/1/2020

Bangun pagi aku rasa kepala Umar Naufal dah tak panas. Alhamdulillah. Temperature okay dah. Aku rasa lega. Cuma dia still tak nak makan, merengek dan meragam sampai baba dia tak boleh pergi work. Aku masakkan bubur. Dia still tolak tak nak makan. Bagi susu, cuma 3 oz je dia minum. Tapi still minum lah dari tak minum langsung.

Dia asyik menangis je. Mungkin rasa badan sakit-sakit agaknya, masih terbaring. At least dia dah nak senyum. Aku tarik nafas lega. Rindu nak tengok anak aku senyum, ketawa bergaduh dengan aku. Alhamdulillah.

11/1/2020

Umar Naufal dah much better. Dah mula nak makan, minum susu. Badan dah tak panas. Dah boleh senyum dah boleh ketawa. Alhamdulillah, terima kasih Allah beri kesembuhan untuk anak aku.

Lepas Umar Naufal dah betul-betul sihat, mama nak bawak anak mama pergi amik vaksin influenza. Rasanya bukan Umar Naufal je, mama dengan baba pun perlu amik vaksin ni.

Terima kasih untuk semua yang mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan Umar Naufal. Terima kasih sudi baca kronologi aku yang panjang berjela ni.

Moral of the story:

1) Vaksin lah anak anda. Berikan perlindungan yg lengkap utk mereka. Sanggup kah anda melihat kesengsaraan anak anda disebabkan kecuaian anda sendiri?

2) Jangan bawak anak pergi tempat tumpuan orang ramai atau taman permainan sekiranya anak tak sihat. Jangan jadi agen penyebaran wabak penyakit. Tak mati anak anda jika tak dapat main taman permainan ketika dia sakit, ada banyak masa sihat dia yg anda boleh bawak.

3) Buatlah insurans medical card untuk anak anda. Banyak kelebihan yang ada, dan sangat-sangat diperlukan ketika dalam kecemasan. 

4) Jangan jadikan rakyat sebagai bahan eksperiman. Berilah kenyataan mengikut fakta bukan hanya dalam kertas semata. Mohon untuk tingkatkan kualiti perhidmatan untuk klinik kesihatan terutama waktu influenza ini. 

: Herni Hussin via Siakapkeli.my

Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...