EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Game Boy lusuh berharga RM8 dipulih dan dibaiki semula, satu kerja tangan yang sangat mahir dan mengagumkan

1 month ago, 11-Feb-2020

Benda ataupun objek yang lama jika diberi sentuhan dan nafas baharu sudah pasti akan berfungsi sama seperti ketika baru sahaja dibeli, bukan?

Tidak kiralah perabot, pakaian dan pelbagai lagi barangan yang mempunyai nilai sentimental buat seseorang.

Sebagai contoh, permainan video Game Boy keluaran Nintendo yang popular sekitar tahun 1989. Pada ketika itu, ia merupakan ciptaan konsol permainan video mudah alih pertama, dijual dengan harga $89.95 (RM372).

visualhunt

Oleh kerana permainan video tersebut sudah terlalu lama, individu ini yang menggunakan akaun YouTubenya, Odd Tinkering telah berkongsi proses pemulihan dan pembaikan permainan video Game Boy Color dan ia merupakan satu proses yang menarik untuk dilihat.

Untuk versi Game Boy Color, ia mula dilancarkan pada sekitar tahun 1998 dan ia kemudiannya menjadi konsol permainan video mudah alih ketiga yang banyak dijual untuk sepanjang zaman.

Odd Tinkering/YouTube

Menurut pengguna itu, dia membeli Game Boy berkenaan di laman Ebay dengan harga $2 (RM8) sahaja. Padanya, ia agak murah memandangkan sebelum ini dia pernah membeli barangan yang jauh lebih teruk keadaannya dengan harga yang agak tinggi.

Tambahnya, Game Boy berkenaan dijual dalam kategori barangan lusuh dan setelah diperiksa, individu tersebut mendapati bahawa kerangka luar permainan tersebut agak kekuningan, pelekat yang menghiasinya juga sudah pun buruk manakala skrinnya hitam.

Odd Tinkering/YouTube

Individu terbabit memulakan proses pemulihan Game Boy tersebut dengan cuba menghidupkannya. Nampaknya, ia tidak berjaya dihidupkan. Kemudian, dia membersihkan karat yang terdapat pada bahagian tepi tempat letak bateri pada konsol tersebut.

Mujurlah dia dapat mengesan kerosakan dengan membandingkan motherboard konsol itu dengan motherboard konsol kedua Game Boy yang dimilikinya. Dia mendapati bahawa satu sambungan pada terminal bateri telah rosak. Jadi, dia kemudiannya memateri wayar bagi membaikinya.

Odd Tinkering/YouTube

Terminal yang berkarat kemudiannya telah dibersihkan dan setelah itu, individu tersebut dilihat telah menghilangkan karat dengan menggunakan cecair penghilang karat. Ianya kemudian disaluti semula dengan nikel melindunginya daripada karat pada tahap tertentu.

Individu itu kemudian beralih pula pada skrin konsol terbabit, di mana dia telah menanggalkan penapis polarisasi yang telah terbakar itu dengan yang baru.

Pisau dengan mata yang tajam diperlukan untuk mula melakukannya, namun setelah itu ia boleh dicabut menggunakan tangan.

Odd Tinkering/YouTube

Gam lama yang tersisa pada skrin itu boleh dihilangkan menggunakan cecair isopropil alkohol. Kesemua gam yang tersisa perlu dibersihkan, jika tidak akan terdapat bebola udara pada penapis polarisasi.

Ketika memasang penapis berkenaan, ia memerlukan kemahiran yang teliti kerana ia akan berfungsi dengan baik pada sudut tertentu.

Ia sememangnya merupakan satu kerja yang sangat memerlukan perincian yang mendalam serta ketelitian, bukan? Untuk lebih memahaminya, jom kita saksikan video di bawah :

Odd Tinkering/YouTube

Game Boy lusuh berharga RM8 dipulih dan dibaiki semula, satu kerja tangan yang sangat mahir dan mengagumkan Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...