EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

'Biar Luqman dapat minit permainan'

0 month ago, 21-Mar-2020

SETIAUSAHA Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon mengesahkan status Luqman Hakim Shamsudin sebagai pemain Selangor II yang baharu seperti mana didedahkan Arena Metro semalam.

Jelas Johan, langkah berkenaan diambil selepas melihat ketidaktentuan masa depan penyerang berbakat negara itu yang masih tidak dapat terbang lagi ke Belgium ekoran penularan wabak Covid-19.

Katanya, demi kebaikan Luqman, FAS sudah mendaftarkan namanya bersama Selangor II kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum tarikh tutup jendela pemain berakhir Ahad lalu.

Kita sanggup buat apa saja demi kebaikan karier Luqman. Memandangkan dia tak dapat pergi lagi ke Eropah atas faktor keselamatan dan kesihatan, FAS sudah mendaftarkan namanya sebagai pemain Selangor II.

Sekiranya liga kita (Liga Malaysia) sudah bersambung balik tapi di Belgium tidak, maka Luqman boleh bermain dan menyarung jersi Selangor II dalam mana-mana perlawanan.

Kita nak pastikan dia dapat minit permainan dan mengekalkan kecergasannya di tahap terbaik dan apabila tiba masa untuk dia ke Belgium, kita terbuka untuk membenarkan dia pergi, katanya ketika dihubungi, semalam.

Semalam, akhbar ini melaporkan FAS terpaksa menyelamatkan karier Luqman dengan mendaftarkan namanya pada saat akhir sebelum jendela pemain ditutup Ahad lalu.

Menurut sumber, perintah larangan perjalanan oleh beberapa negara Eropah termasuk Belgium menyaksikan harapan Luqman untuk mengikat kontrak selama lima musim dengan kelab KV Kortrijk pada minggu lalu terpaksa ditangguhkan sehingga situasi kembali pulih.

Menurut Johan lagi, pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu bakal meraih pengalaman berguna di saingan Liga Perdana dan diyakini dapat mematangkan persembahan tonggak berusia 18 tahun itu.

Kita boleh lihat berapa ramai sahaja pemain umur 18 dapat nikmat Liga Perdana. Ini kesempatan terbaik buat Luqman bersaing dengan pemain lebih senior sekali gus raih sesuatu yang baharu, katanya.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...