EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

#Lundu Dua nyaris maut,MPV dihempap cerucuk besi ketika menuruni feri

0 month ago, 10-Jun-2021

 


Dua individu di dalam sebuah kereta nyaris maut apabila sebatang cerucuk besi (steel tube casing) yang terletak di sebelah tanjakan feri menghempap kenderaan mereka.

Dalam kejadian jam 8.27 pagi itu, kereta Proton Exora yang dipandu seorang wanita berusia 50-an bersama penumpang itu sedang menuruni feri apabila bahan pembinaan tersebut jatuh menimpa bonet kereta mereka.

Insiden itu sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) milik syarikat feri terbabit.


Difahamkan perancah besi itu adalah untuk pembinaan laluan baharu feri di Batang Rambungan.

Ketua Polis Daerah Lundu, DSP Damataries Launtin ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan semua pihak terlibat telah membuat laporan lewat malam Rabu.

Tiga laporan polis telah dibuat iaitu melibatkan mangsa, penyelia feri dan juga pihak kontraktor.

Setelah menerima laporan, pihak kita kini sedang melakukan siasatan terperinci, kata Damataries.

Kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan.

"Syukur semua mangsa selamat dan hanya bahagian enjin kenderaan mangsa berkenaan yang ranap, katanya lagi.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dalam kenyataannya memaklumkan kerja-kerja pembinaan di situ diarah dihentikan bagi tujuan siasatan.

Kerja-kerja ini dihentikan sehingga pasukan penyiasat JKR Sarawak yakin bahawa semua protokol dan prosedur keselamatan dilaksanakan semasa menjalankan aktiviti berisiko tinggi, kata kenyataan itu.


AWANI



SUMBER : penangkini.com



Live Website Traffic


loading...