EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

FDA lulus kit uji sendiri Covid-19

0 month ago, 19-Nov-2020

WASHINGTON – Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat meluluskan kit uji sendiri Covid-19 yang boleh memberi keputusan dalam masa 30 minit.

Dengan kit ujian lengkap yang pertama seumpamanya, pengguna boleh mengambil sampel dan melakukan ujian sendiri menggunakan alat swab serta bekas khas.

Dalam masa hampir 30 minit, keputusan dapat diketahui sama ada seseorang itu positif Covid-19 menerusi lampu yang dipaparkan pada kit itu, menurut kenyataan FDA pada Selasa seperti dilaporkan Xinhua.

FDA menyatakan, kit ujian itu yang dihasilkan Lucira Health, diberikan kelulusan untuk orang awam berusia 14 tahun ke atas membuat ujian sendiri jika mereka disyaki oleh pihak berkuasa kesihatan dijangkiti Covid-19.

Kit ini juga boleh digunakan di kemudahan kesihatan seperti ruang kecemasan atau hospital dan digunakan ke atas semua peringkat umur. Bagaimanapun, bagi mereka yang berusia 14 tahun ke bawah, sampel masih perlu diambil oleh pihak berkuasa kesihatan.

“Sebelum ini, kebenaran sudah diberikan bagi membolehkan sampel diambil di rumah, namun ini adalah kit pertama yang membolehkan individu membuat ujian sendiri dan terus mendapat keputusan,” kata Pesuruhjaya FDA, Stephen M Hahn.

Buat masa ini kit pakai buang itu hanya diberikan menerusi preskripsi pegawai kesihatan. 

FDA lulus kit uji sendiri Covid-19 Malakat Tribune.





Live Website Traffic


loading...