EdisiViral.Com Search Guest Post Login

I love it! -Lukisan sendiri wajah Ben Amir, angau 2 minggu akhirnya terbalas

0 month ago, 10-Nov-2019

Bakat yang ada pada setiap orang sudah pastinya lain-lain. Tidak kisahlah sama ada, fizikal seseorang itu sempurna ataupun sebaliknya, sudah tentu ada kelebihannya yang tersendiri.

Ahmad Faiz, berkongsikan kisah kakaknya Nur Fariza, merupakan insan istimewa yang menjadikan kebolehan melukis sebagai kerjaya hidupnya. Tambahnya lagi, potret pertama yang dilukis oleh kakaknya itu adalah muka pelakon drama terkenal, iaitu Ben Amir.

Ahmad Faiz telah berkongsikan hasil lukisan kakaknya itu menerusi laman Twitter peribadi miliknya. Jelasnya dalam posting berkenaan, kakakanya itu kini dikatakan sedang angau dengan potret wajah Ben Amir yang dilukisnya sendiri.

Potret pertama Kakak aku lukis. Angau sangat dah dia dengan Ben Amir ni, sampai ambil gambar pun tenung menongkat dagu siap ada halal gap. Korang tolonglah RT supaya ada tempahan potret orang lain pula. Dah muak aku kena hadap gambar Ben Amir je sejak 2 minggu ni. pic.twitter.com/2SZjFBin1B

Ahmad Faiz (@faiztobeng) November 7, 2019

Potret lukisan kakaknya itu, kemudiaanya disedari oleh Ben Amir! Ben Amir kemudianya menyatakan bahawa dia amat suka dengan hasil kerja oleh Nur Fariza ini.

I love it ! ???? https://t.co/t7ad0yvShI

Ben Amir (@BenAmirr) November 7, 2019

Malah, paling mereka tidak menjangkakan, Ben Amir malah meminta nombor telefon kakaknya itu dan menyatakan hasratnya untuk membeli lukisan berkenaan kerana dia begitu sukakannya.

Bukan setakat itu sahaja, lukisan tersebut juga dikagumi dan turut dipuji oleh warga Twitter. Ramai yang mengagumi bakat yang ada pada Nur Farizah ini.

Nurul Fariza yang kini berusia 34 tahun mempunyai tubuh badan yang kecil berbanding usianya. Ini adalah disebabkan oleh penyakit yang dialaminya sejak kecil lagi yang dikenali sebagai mucopolysaccharidosis.

: Ahmad Faiz, Mstar.

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...