EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

PM luang masa jumpa rakyat Melaka, siap singgah beli jualan peniaga

0 month ago, 14-Sep-2020

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluangkan masa beramah mesra dengan pengunjung dan peniaga di Pahlawan Walk di Bandar Hilir, Melaka.

Perdana Menteri tiba kira-kira 1 tengah hari sejurus selesai mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di sebuah hotel berhampiran.

View this post on Instagram

Assalamualaikum. Salam Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia. Mewakili Kerajaan Negeri Melaka, saya mengalu-alukan serta mengucapkan selamat datang kepada YAB Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia sempena lawatan ke Melaka, hari ini. Pagi ini juga, saya bersama delegasi Kerajaan Negeri Melaka termasuk YB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Datuk Seri Dr. Hasim bin Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan barisan EXCO Kerajaan Negeri Melaka turut menyambut ketibaan YAB Tan Sri di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM). Dalam lawatan sempena Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (EAC) selama sehari di Melaka ini, Perdana Menteri akan memenuhi beberapa program tidak rasmi termasuk menyantuni komuniti peniaga bagi mendapatkan maklum balas mengenai Inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), berdampingan dengan rakyat serta tidak ketinggalan untuk bersama-sama wakil industri. Terima kasih dan selamat datang sekali lagi kepada Abah kesayangan rakyat Malaysia! #TokLeman #KawalanDiri #MelakaMestiMenangCOVID19 #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia

A post shared by Sulaiman Md Ali (@sulaiman_mdali_official) on

Pusat perniagaan yang terkenal dalam kalangan pengunjung dalam dan luar negara itu menempatkan peniaga barangan kraf, cenderamata dan makanan tradisional Melaka.

Muhyiddin yang diiringiKetua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali turut dilihat membeli dodol di sebuah gerai jualan yang terletak di situ serta makan tengah hari dengan menu terkenal Melaka, asam pedas.

Terdahulu, Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat MTEN yang turut disertai Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Ini merupakan kunjungan pertama Muhyiddin ke Melaka sejak menjadi perdana menteri pada 1 Mac lepas.

Dalam pada itu, seorang pengunjung dari Kuantan, Robiah Ismail melahirkan rasa teruja bertemu perdana menteri ketika berkunjung ke Pahlawan Walk bersama keluarganya.

Perdana Menteri amat ramah orangnya, dekat dengan hati rakyat, katanya.

Kunjungan itu juga memberikan pengalaman istimewa kepada pekerja sebuah gerai, Che Amirul Ashraf Che Mohd Azmi, 19, selepas perdana menteri membeli dodol durian dan asli di gerai berkenaan.

Saya rasa bertuah kerana banyak-banyak kedai, beliau memilih membeli di kedai ini, katanya.

: Bernama , Sulaiman Md Ali


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...