EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Luahan Aidil Sharin, Kpah Sherman Di IG Beri Gambaran Situasi Di Kem Kedah

0 month ago, 25-Jul-2020

Selain Ifwat Akmal dan Kpah Sherman, kali ini dilihat pengendali pasukan, Aidil Sharin Sahak pula bersuara di Insta Story yang memberi gambaran masalah tunggakan gaji.

Kedah sedang mengalami masalah tunggakan gaji sejak bulan Februari yang lalu dan perkara ini sudah beberapa kali ditimbulkan oleh pemain-pemain, namun ianya dilihat masih belum dapat diselesaikan oleh pihak Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

Aidil Sharin bimbang

Beberapa hari lalu, Astro Arena telah menyiarkan kebimbangan pengendali kelahiran Singapura itu mengenai tunggakan gaji yang dilihat boleh mengganggu persediaan pasukan menjelang penyambungan semula saingan Liga Super 2020 nanti.

Dijangkakan boleh bermula seawal Ogos atau selewat-lewatnya September, semua pasukan Liga Super dan Liga Premier sudah memulakan kembali sesi latihan selepas memperolehi lampu hijau untuk turun ke padang daripada pihak kerajaan.

Jurulatih Kedah gusar belenggu gaji ganggu persiapan

ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 20, 2020

Secara jujurnya, saya berasa bimbang, Setiap hari, saya bertemu pemain-pemain di padang latihan. Kami tidak mahu soalan mengenai gaji dibangkitkan, tegas Aidil Sharin sambil menyatakan yang mereka masih kekal profesional bersama pasukan.

Namun beliau amat berharap yang mereka akan mendapat peluang untuk bertemu pihak pengurusan yang telah berubah wajah baru-baru ini. Kami perlu memainkan peranan dan menunggu peluang untuk bertemu pihak pengurusan, ujarnya.

Insta Story Aidil Sharin dan Kpah Sherman

Dalam muat naik Insta Story Aidil Sharin, beliau menulis, Seseorang tidak tinggalkan pekerjaan yang buruk, tetapi mereka pergi meninggalkan bos yang buruk.

Penyerang sensasi, Kpah Sherman yang sebelum ini dilihat banyak bersabar melalui situasi sukar tunggakan gaji pula dilihat sudah tidak mampu bertahan lagi apabila dilihat meninggalkan persoalan, Kami perlu menanti berapa bulan lagi?

Based on Kpah Shermans Instagram story, it seems that the player is not pleased with Kedahs failure to settle his dues. New management has pledged to pay it, but how long is it going to take? Never-ending Malaysian football conundrum pic.twitter.com/QvGCkLC5cU

T. Avineshwaran (@avineshW90) July 24, 2020

Perubahan pengurusan pasukan dilihat mampu memberikan sinar si hujung terowong kepada Kedah, namun sehingga kini, belum ada apa-apa perkembangan positif dan situasi ini boleh menjadi buruk apabila saingan liga kembali bersambung.

Adakah pemain-pemain akan kekal positif? Berdasarkan muat naik sebelum ini dan juga yang terbaru daripada Kpah Sherman dan juga Aidil Sharin, mereka sudah penat menunggu janji kosong yang dipalu sejak perkara ini didedahkan tempohari.

Pengurusan baharu fokus benda lain?

Kedah sudah bertukar tangan kepada pengurusan baharu sejak hampir dua minggu lalu, namun dapat dilihat masih belum ada pertemuan bersama pemain dan staf kejurulatihan setakat ini. Adakah mereka tiada masa untuk menjenguk di padang?

Pada 12 Julai, Kongres Luar Biasa (EGM) Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) telah bersetuju untuk melantik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor sebagai Presiden KFA yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Aidil-Sharin-Insta-Story-Gaji-Kedah-2020
FOTO: IG Aidil Sharin

Apa yang dapat dilihat sehingga kini adalah perbincangan mengenai pertukaran status pasukan daripada FA kepada FC yang sedang hangat diperkatakan apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah mula bertemu persatuan-persatuan negeri.

Adakah perkara itu lebih penting? Hanya pihak pengurusan baharu yang lebih arif dan mengetahuinya. Diharapkan bekas pemain dan lagenda Kedah, Radhi Mat Din akan dapat meluangkan sedikit masa untuk mendengar keluhan mereka yang terlibat.

Penutup

Sebagai bekas pemain dan juga pernah terlibat dalam pengurusan pasukan sebelum ini, Radhi Mat Din boleh menjadi penghubung dekat antara pemain dan jurulatih kepada pihak pengurusan terbaru. Beliau kini merupakan Naib Presiden KFA.

Hari Raya Aidiladha kian menjelang tiba dan masalah gaji ini sudah tentu memberikan impak kepada moral dan juga semangat pemain-pemain Kedah. Apa solusinya?

KREDIT FEATURED IMAGE: KEDAH FA

Baca lagi artikel mengenai Kedah FA:


SUMBER : semuanyabola.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...