EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Vida & lqbal Berperang Sbb Gegar Vaganza, Bongkar Rahsia Tanggung Dari Zaman SekoIah Iagi Dasar Kacang Lupakan Kulit!

0 month ago, 12-Jan-2022

Nama usahawan Datuk Seri Vida dan Ahmad Iqbal Zulkefli kembali menjadi bualan ramai selepas mereka berperang di media sosial.

RAKAMAN VIDEO VIDA DI BAWAH SEKALI

Pertelingkahan ini berpunca daripada komen Iqbal terhadap satu status sebuah portal berita mengenai tajaan Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Biarpun Iqbal tidak menyebut nama, Vida dilihat terasa lantasnaik hantu. Vida membalas komen itu dengan mengecam kenyataan Iqbal dan mendakwa usahawan itu sudah lupa daratan.

Tidak mendiamkan diri, Iqbal membalas dengan menyatakan dia sedang diuji sekali lagi.

Eh kenapa tiba-tiba terasa? Saya langsung tak mention (sebut) nama pun dan langsung tak tuju ke situ. Allahuakbar. Ujian lagi buat saya.

Terbaru, Vida ada membuat siaran langsung di Instagram (IG) miliknya, lewat malam tadi. Turut bersama dengan Vida adalah pembantunya dan personaliti media sosial, Zarina Anjoulie.

Vida mendedahkan dia merupakan individu yang menanggung Iqbal sejak sekolah lagi namun balasan yang diterima adalah sindiran dan kutukan.

Nak gaduh sangat kan, aku boleh ja buka cerita pasal mu (Iqbal) tu. Aku meniaga sampai banyak rugi. Mu tak tau semua tu. Aku tanggung mu (Iqbal) dari zaman sekolah lagi. Perbelanjaan sekolah tiap minggu aku la bayar. Aku tak suka marah-marah, takut tekanan darah tinggi.

Sedih aku.. Aku dah tolong, mu mengata aku meniaga dekat televisyen. Aku dah tabur macam-macam, ilmu bagai. Tolong sedar diri. Kalau bukan sebab aku, mu ingat ada orang nak pandang mu?

Sekarang mu dah tersohor, satu dunia kenal, mu campak aku! Aku pecat dia sebab perangai hodoh la. Darah dah naik ke bulan. Aku ni banyak dah sabar. Mu suka orang luar tengok perangai aku macam ini!

Hasil pemerhatian OhBulan!, selepas Vida mengamuk, Iqbal dilihat sudah tidak mengikuti (unfollow) akaun media sosial pelantun laguLavida Rayaitu.

TONTON VIDEO PENUH : SILA KLIK SINI

Terdahulu dalam ruangan komen terhadap status portal berita itu, Iqbal memuji penaja GV musim ini yang sangat bagus dalam mengendalikan program.

: Instagram @datoserivida



SUMBER : belumbalik.com



Live Website Traffic


loading...