EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Lorde Umum Album Baharu, Kembali Dengan Solar Power Selepas Empat Tahun

0 month ago, 11-Jun-2021

Pemenang Grammy, Lorde kembali dengan muzik baharu melalui single dan video muzik Solar Power yang juga merupakan nama album ketiganya yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Lorde is back! Seperti yang dinanti-nantikan, bintang pop New Zealand itu kembali dengan karya muzik baharu tahun ini. Selepas empat tahun, peminat boleh meraikan dengan pelancaran single baharu berjudul Solar Power. Lorde turut mengumumkan judul album ketiganya sejak kejayaan album Melodrama pada 2017 dan Pure Heroine pada 2013.

Solar Power adalah tulisan dan terbitan bersama Jack Antonoff. Ia turut menampilkan Phoebe Bridgers dan Clairo sebagai penyanyi vokal backup untuk lagu ini. Bermula dengan petikan gitar akustik sama seperti lagu The Louvre daripada Melodarama, tetapi secara keseluruhannya ia mempunyai feel yang berbeza berbanding dua albumnya sebelum ini. Menariknya, lagu ini dikeluarkan bersempena dengan gerhana matahari yang berlaku di hemisfera utara.

Lorde turut mengeluarkan video muzik untuk Solar Power. Dirakamkan di sebuah pantai di New Zealand, video muzik ini telah diarahkan bersama oleh Joel Kefali dan Lorde sendiri. Dia memakai padanan kuning terang oleh Collina Strada dalam membiaskan semangat summer bliss. Menonton video muzik itu, ianya seperti memberikan harapan positif untuk meraikan kehadiran musim panas dengan penuh ketenangan dan energi keseronokan kala pandemik ini.

Menurut pemenang Grammy itu, album studio ketiganya ini adalah karyanya yang paling kompleks. Album ini adalah satu perayaan kepada dunia semulajadi, sebuah percubaan untuk mempersembhakan perasaan yang mendalam dan unggul apabila berada di dunia luar tulisan Lorde melalui newsletter yang dikeluarkan. Dia juga berharap album ini akan membuat semua akan keluar menikmati dunia luar dan mendengar apa yang dunia semulajadi mahu sampaikan kepada mereka.

Pelancaran ini tidak terkecuali daripada kontroversi. Solar Power telah dikeluarkan dengan tidak sengaja di laman penstriman muzik utama sebelum ia ditarik semula. Lorde juga trending di laman media sosial terutamanya Twitter selepas muka hadapan album terbaharunya yang menampilkan foto dia sedang melangkah kamera dengan hanya memakai baju mandi menjadi bualan serta meme peminat.

Menurut temu bual bersama Triple J, Lorde akan mengeluarkan banyak lagi video muzik daripada album terbaharu ini. Menurutnya, kebanyakan video muzik itu telah dirakamkan di pantai rahsia; sama seperti Solar Power.

Anda boleh tonton video muzik Solar Power di sini.

Foto: Instagram & Youtube

Baca lebih lanjut: Transisi Baharu Ai.Z



SUMBER : eh.my



Live Website Traffic


loading...