EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Lokasi wanita maut jatuh gaung adalah kawasan larangan

0 month ago, 20-Nov-2020

Lokasi wanita maut jatuh gaung adalah kawasan larangan..

Batu Pahat: Jabatan Perhutanan Negeri Johor memaklumkan bahawa lokasi wanita yang maut akibat terjatuh ke dalam gaung di Bukit Banang adalah kawasan larangan serta bukan tempat rekreasi di bawah pengurusan atau seliaan pihaknya. Pengarahnya, Datuk Salim Aman berkata, mangsa dan pendaki lain dipercayai masuk ke kawasan pendakian melalui tanah persendirian untuk sampai ke lokasi yang terletak di Hutan Simpan Banang yang diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal di bawah Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1985 Negeri Johor (Akta 313). "Semakan kami di lokasi kejadian mendapati ia berhampiran dengan menara telekomunikasi yang juga kawasan larangan kepada orang awam. "Sehubungan itu, kemasukan ke kawasan terbabit tanpa Permit Memasuki Hutan Simpanan Kekal adalah kesalahan mengikut Seksyen 47 Akta 313. "Jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menu ...


SUMBER : dailymotion



Live Website Traffic


loading...