EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Lokasi Makan Malam Menarik Sempena Malam Tahun Baru Cina

0 month ago, 14-Jan-2020

Paling seronok bukan sahaja lautan menu yang luas, kamu boleh nikmati full-course meal sambil melihat permandangan kota raya Kuala Lumpur yang indah. Wah, asyiknya!

Bila beraya pasti semua tak sabar nak makan, betul tak? Berita gembira buat kamu kerana Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur menawarkan bufet makan malam sempena perayaan Tahun Baru Cina. Tak mahal pun, sekadar RM108 sekepala untuk ikuti jamuan bufet ini. Macam-macam boleh dijamah dari jam 6.30 petang hingga 10 malam. Sangat berbaloi!

Sekarang masa yang paling tepat untuk kamu cuba tiram dengan perahan lemon, antara menu pembuka selera di sini. Dua rasa yang bersulam ini pasti menambat angan-angan di tepi pantai.

Chinese style black pepper beef

Biarpun Tahun Baru Cina, menu di sini tidak dihadkan untuk selera ala Cina saja. Kari ayam ala India, Laksa Kari stail Nyonya dan pilihan Cosmo, Chinese style black pepper beef pun menantikan kehadiran kamu. Macam-macam ada!

Red dragon fruit layer cake

Rawat sweet tooth kamu dengan sajian pencuci mulut menggiurkan daripada barisan kek Almond, Coconut Velvet Cake dan Red Dragonfruit Layer Cake. Jika mahukan cita rasa oriental, kamu boleh cuba Lotus Pancake dan Chinese Puffs yang enak!

Kamu pasti terpukau dengan panorama Kuala Lumpur terbentang luas ketika menjamu selera di sini. Sebarang tempahan boleh dibuat dengan menelefon +03-40409888 (9038) atau secara atas talian di spkl.ch@sunwaygotels.com.


SUMBER : cosmopolitan.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...