EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Lockdown disambung dari Jun15-28

0 month ago, 11-Jun-2021

PERINTAH kawalan pergerakan (PKP) 3.0 disambung untuk tempoh dua minggu berkuat kuasa pada 15 Jun sehingga 28 Jun.

Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian yang masih tinggi melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam ialah 6,871, kata Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob.

Senarai positif/negatif dan SOP bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal seperti mana diumumkan sebelum ini, katanya dalam kenyataan.

Ismail berkata Kementerian Kesihatan membentang dan mencadangkan dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara hari ini supaya PKP 3.0 dilanjutkan untuk tempoh 2 minggu lagi.

Senarai positif/negatif dan SOP boleh dirujuk di laman sesawang kementerian berkaitan. Maklumat lanjut boleh didapati di laman MKN.

Perintah kawalan pergerakan diperketatkan

Sementara itu, Ismail berkata beberapa lokaliti di Kedah dan Sabah akan berada bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Katanya, PKPD di Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, berkuat kuasa 13 hingga 26 Jun susulan peningkatan kes.

Berlaku peningkatan kes apabila sebanyak 18 kes positif dilaporkan hasil saringan ke atas 208 penghuni universiti tersebut.

Pada masa sama, empat kawasan di Sabah iaitu Kampung Kadazan di Tawau, Kampung Lobou 1 dan Kampung Bukit Permai di Kota Kinabalu, dan Taman Villa Felca Nambazan di Penampang akan dilaksanakan PKPD dari 13 hingga 26 Jun.

Dalam pada itu, Ismail berkata kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di 19 Mukim pada 12 Jun kecuali dua mukim iaitu Mukim Bukit Besar dan Mukim Serada dilanjutkan bermula 13 hingga 26 Jun.

PKPD di kawasan perumahan Taman Pertama, Taman Serendah dan Taman Prima di Sabak Bernam, juga akan berakhir esok.

Di Mukah, Sarawak, PKPD di Rumah Panjang Rimong anak Kilat, Rumah Panjang Asin anak Aji dan Rumah Panjang Bija anak Unggang di Ulu Sungai Sebakong, dan Rumah Panjang Undum anak Anchih di Sungai Duan akan ditamatkan esok.

PKPD di Taman Sinar Harapan di Johor Bahru, dan Kampung Pasir Putih Blok B, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Balung, dan Kampung Baru Pasir Putih di Tawau turut berakhir esok.

Baca lagi: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/11/pkp-3-0-disambung-2-minggu-lagi/

Please follow and like us:



SUMBER : bebasnews.my



Live Website Traffic


loading...