EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

lnsyaallah kita keluar 3 hari lepas ni Nabil, Aliff Aziz Juara GegarVaganza8, Bawa PulangRM100k

16 month ago, 23-Jan-2022

Konsert akhir Gegar Vaganza Musim ke-8 (GV8) menyaksikan Aliff Aziz bergelar juara. membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 dan trofi kemenangan tajaan Astro.

Tempat kedua dimenangi oleh Niki Palikat dan Suki Low berjaya merangkul tempat ketiga di pentas akhir Gegar Vaganza musim kelapan malam ini.

Tempat keempat pula menjadi milik Adibah Noor , Azan Scan di tempat ke-5 dan Aweera menduduki di tempat ke-6.

Diacarakan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, GegarVaganza musim kelapan bersiaran secara langsung dari Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan disiarkan secara langsung Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).

Rotikaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Ramalan GV8:

Menjelang pentas akhir Gegar Vaganza 8 malam ini, ramai nampaknya dah tak sabar untuk melihat persembahan artis kegemaran mereka. Bukan itu sahaja, netizen turut meluahkan rasa sukar membuat ramalan mengenai siapa bakal juara untuk musim kali ini.

Tempat ketiga Aweera

Walaupun berat untuk kami menulis namun harus diakui penyanyi, Aweera mempunyai kelebihan tersendiri dari segi vokal dan cara persembahan. Pernah berada di kedudukan paling teratas di episod separuh akhir, Aweera antara finalis yang diramalkan akan mengungguli kedudukan tiga teratas untuk konsert akhir malam ini.

Bakal menyanyikan lagu Beggin nyanyian The Four Seasons dan lagu Sepi duet bersama Liza Hanim, penyanyi ini juga dijangka akan memberi persaingan yang sengit buat Aliff Aziz dalam pusingan battle nanti. Kedua-dua mereka akan battle lagu Bangun nyanyian Aman Ra.

Naib Juara Aliff Aziz

Pernah mendapat kedudukan yang pertama sebanyak dua kali dan kedudukan yang kedua sebanyak lima kali, suami kepada pelakon, Bella Astillah iaitu Aliff Aziz merupakan peserta GV8 yang paling konsisten sepanjang minggu. Meskipun, dihujani pelbagai dakwaan seperti menjadi anak emas sebuah stesen televisyen dan asyik dapat lagu makanan sendiri, Aliff sering memberikan yang terbaik dalam setiap persembahan yang dilakukan olehnya. Bukan itu sahaja, vokal dan cara penyampaian Aliff setiap minggu disukai oleh para juri.

Untuk malam ini, Aliff akan menyanyikan lagu Sampai Syurga nyanyian Faizal Tahir dan lagu duet Dealova bersama Hafiz Suip. Korang mesti tak sabar kan?

Juara Nikki Palikat

Sejak awal kemunculannya di pentas Gegar Vaganza, nama Nikki Palikat ini antara yang menjadi sebutan para penonton. Bukan sahaja memiliki kelab peminat yang ramai, Nikki juga merupakan peserta kegemaran para juri. Pernah meraih tempat pertama sebanyak tiga kali dan dua standing ovation daripada bunda Hetty, Nikki dilihat berjaya menyahut setiapa cabaran yang diberikan kepadanya.

Di pentas akhir malam ini, Nikki akan menyanyikan sebuah lagu yang sangat sedih iaitu Terasing nyanyian Dato Sudirman Haji Arshad. Adakah Nikki bakal membuatkan bunda Hetty menangis dan berdiri sekali lagi? Nantikan! Untuk lagu duet, Nikki digandingkan dengan Idayu. Mereka akan menyanyikan lagu Mengapa nyanyian Nicky Astria. Lagu ini dikatakan sangat sesuai buat mereka berdua. Ini kerana, Nikki dan Idayu mempunyai vokal yang mantap dan tenaga yang luar biasa ketika melakukan persembahan. Di pusingan battle, Nikki akan berhadapan dengan Suki Low. Mereka akan menyanyikan lagu Gangnam Style.

Berikut merupakan ramalan daripada pihak OhBulan! Kalau korang ada ramalan sendiri, sila nyatakan di ruangan komen okay!

: Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:




SUMBER : transformasi.pw