EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Liverpool julang Piala Super Eropah

0 month ago, 15-Aug-2019

PENYANDANG Liga Juara-Juara, Liverpool menjuarai Piala Super Eropah 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti ke atas Chelsea awal pagi tadi selepas perlawanan terikat 2-2 ketika tamat masa tambahan.

Sembilan penalti berjaya disempurnakan, namun percubaan penyerang Chelsea Tammy Abraham terkena kaki penjaga gol Liverpool Adrian untuk memberikan kemenangan buat skuad Juergen Klopp dalam pertembungan tahunan membabitkan pemenang Liga Juara-Juara dengan Liga Europa.

Ia satu detik yang paling diingati buat penjga gol Sepanyol yang baru saja menyertai kelab itu sembilan hari lalu dan terpaksa diturunkan selepas kecederaan penjaga gol utama Alisson Becker ketika aksi pembuka tirai Liga Perdana Inggeris bertemu Norwich City Jumaat lalu.

Selamat datang ke Liverpool! Ia minggu yang gila, kata bekas penjaga gol West Ham yang dibawa masuk secara ejen bebas sebagai pemain pelapis.

Saya benar-benar berbangga dengan pasukan. Saya gembira bermain dengan Liverpool dan gembira dengan penyokong. Ia perlawanan yang panjang tetapi pengakhiran yang hebat buat kami.

Liverpool yang menewaskan Tottenham Hotspur pada final Liga Juara-Juara Jun lalu, kini menjulang trofi dalam empat kejohanan manakala Chelsea tewas dalam tiga perlawanan terakhir mereka.

Meskipun Piala Super tidak memberikan prestij seperti kedua-dua kejohanan utama itu, perlawanan pertama yang menyaksikan pertembungan dua kelab Inggeris itu mempamerkan aksi berkualiti biarpun ketika cuaca panas dan lembab.

Klopp berpuas hati dengan kemenangan itu tetapi menyedari pasukannya perlu mengharungi perlawanan sengit.

Ia perlawanan yang sukar buat kedua-dua pasukan. Segala-galanya adalah mengenai kemenangan dan kami berjaya meraihnya, katanya.

Tiada siapa di stadium yang mahukan masa tambahan. Ia meletihkan. Saya tidak pasti mengenai penalti tetapi siapa peduli sekarang.

Kami perlu berjuang dan itulah yang dilakukan pemain malam ini.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com