www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Liverpool berhak menang piala

0 month ago, 15-May-2019


Georginio Wijnaldum berkata musim mengagumkan Liverpool perlu dilengkapkan dengan trofi ketika Reds bakal berdepan Tottenham pada final Liga Juara-Juara.

Skuad kendalian Jurgen Klopp terlepas peluang menamatkan kemarau 29 tahun kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada juara bertahan Manchester City dengan perbezaan satu mata namun Reds berkunjung ke Madrid pada 2 Jun ini sebagai pasukan pilihan di final.

Wijnaldum berkata kepada liverpoolfc.com bahawa kelab itu mahu menjulang trofi sebagai bukti mereka mengharungi musim yang menakjubkan apabila mengumpul keseluruhan 97 mata, jumlah ketiga tertinggi dalam sejarah EPL.

Secara keseluruhan saya fikir kami mengharungi musim yang baik dan kini mencabar untuk menamatkannya dengan gelaran bagi melengkapkan musim ini, kata pemain berusia 28 tahun yang meledak dua gol ketika Liverpool menewaskan Barcelona 4-0 pada perlawanan kedua separuh akhir Liga Juara-Juara.

Ia pastinya amat menyedihkan jika kami menamatkan musim ini tanpa gelaran, terutama kerana saya fikir kami agak konsisten musim ini dan prestasi kami bagus. Saya fikir kami berhak mendapatkan satu pada musim ini.

Wijnaldum berkata Liverpool tidak berpeluang untuk menentukan takdir mereka bagi saingan EPL seperti di Liga Juara-Juara.

Ia pasti menjadi amat istimewa, terutama kerana pada musim ini kami berhak untuk mendapat penamat seperti itu, katanya mengulas peluang Liverpool memenangi gelaran keenam Eropah.

Kami akan melakukan apa saja untuk mendapatkannya tetapi ia pasti sukar.




SUMBER : hmetro.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts