EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

LintraMax, Merchantrade Umum Kerjasama Bangunkan Ekosistem Nirtunai Pada Sektor Perladangan Malaysia

0 month ago, 10-Jun-2021

Penerapan ekosistem pembayaran nirtunai kini semakin rancak diperluaskan. Tidak hanya meliputi sektor perkhidmatan bahkan sektor perladangan turut mulai meningkatkan penyertaan mereka.

Kini memenuhi penyertaan itu, LintraxMax dan Merchantrade Asia mengumumkan kerjasama pembayaran digital untuk sektor ladang kelapa sawit di seluruh Malaysia.

Usaha ini dilihat turut dapat memperkasakan ekosistem penyelesaian bayaran gaji pekerja yang ketika ini hanya bergantung kepada agihan tunai atau bentuk cek.

Menerusi kaedah ini ia dilihat lebih cekap dan selamat untuk pengurusan syarikat.

Mengulas mengenai perkongsian dengan LintraMax, Pengasas dan Pengarah Urusan Merchantrade Ramasamy K Veeran mengatakan kerjasama ini membolehkan penerapan digital berjalan dengan lancar menerusi dompet digital Merchantrade Money.

Adanya penyelesaian ini mampu membantu meminimumkan hubungan fizikal semasa pandemik COVID-19 dan memastikan ketelusan dalam pembayaran syarikat.



SUMBER : rnggt.com



Live Website Traffic


loading...