www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Ibu Linda, Diana Men|nggal Dun|a

0 month ago, 13-Jan-2019


Please follow and like us:

1

KUALA LUMPUR: Ibu Diana dan Linda Rafar, Rasimah Abd Rahman, 73, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam (HSA) akibat beberapa komplikasi, pada jam 9.30 malam tadi.

Diana berkongsi berita itu dengan memuat naik surah Al-Fatihah di laman Instagram, kira-kira sejam tadi.

Kami reda dengan suratan ini. Selepas beberapa bulan diuji dengan macam-macam penyakit, ibu sangat kuat.

Malah, sejak semalam ketika majlis bacaan Yasin, kami sekeluarga sudah rasa lain.

Ia macam isyarat yang ibu sudah mahu pergi, katanya.

Tambah Diana, antara kepayahan yang perlu diharungi adalah apabila tangan kiri arwah perlu dipotong akibat jangkitan kuman, bulan lalu.

Sementara itu, menerusi perkongsian di laman sosial itu juga, Diana meminta orang ramai mendoakan arwah ibunya.

Assalamualaikum semua. Baru sekejap tadi mak Diana meninggal dunia. Tolong doakan mak kami, Rasimah Abd Rahman.

Minta tolong semua. Saya tak boleh mesej sesiapa untuk cakap perkara ini. Tolong tuliskan dalam Instagram atau apa-apa, minta (doakan) dia semua.

Alhamdulillah, tadi kami adik-beradik sempat bertemu mak dan mengajarnya mengucap. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa mak, katanya menerusi perkongsian di Insta Story.

Arwah meninggalkan enam anak, 17 cucu dan tiga cicit.

Allahyarham dijangka dikebumikan di Seksyen 21, Shah Alam, pada jam 9 pagi esok.

: BH

??Mak Belum Tahu Tangan Dia Dah Tak Ada...?- Linda Rafar Sebak Mengenang Nasib Ibunya

Penyanyi Linda Rafar akui sebak apabila mengenang nasib ibunyaRasimah Abd Rahman, 73,selepas sebelah tangannya telah dipotong hingga ke bawah siku.

Lebih sayu lagi, menurut Linda ibunya belum mengetahui keadaan dirinya yang sudah ketiadaan sebelah tangan kerana dia tidak sampai hati untuk memberitahu perkara tersebut.

Difahamkan tangan ibu Linda dipotong akibat terkena gigitan serangga tiga bulan lalu.

Hari ini..hari yg linda rasa sebak sangat pasal tangan mak yg kena gigitan serangga 3bulan lepas di potong sampai bawah siku

Mak blum tau yg tangan dia dah xde ..x sampai hati nk bg tau dia..

Cuma apa yg linda nk mintak jasa baik semua tolong doakan mak linda trus kuat dan Sihat kembali mcm selalu

Linda x kuat nak harungi semua dugaan ini tp linda percaya setiap dugaan yg allah beri pasti ada ganjarannyaa.. linda syg mak linda sgt2 love u mak,tulisnya

Kongsi ahli kumpulan Elite itu di akaun Instagram peribadinya.

Entri tersebut mendapat perhatian ramai pengikutnya yang turut bersimpati dengannya.

Rata-rata mengharapkan agar Linda sekeluarga dan terutama ibunya kuat menghadapi dugaan tersebut.

: Gempak




SUMBER : gengsembang.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts