EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Lihat Bagaimana Lelaki Ini Bina Set Lego Creator Expert Old Trafford

7 month ago, 09-Feb-2020

Dalam dunia ini, manusia mempunyai pelbagai minat dalam diri mereka.

Ada yang minat mengumpul barangan antik, ada juga yang suka melakukan aktiviti luar dan sebagainya.

Akan tetapi, bagi Adly Syairi Ramly beliau mempunyai rasa minat terhadap permaianan Lego dan siri Lego Creator Expert begitu yang begitu menarik perhatiannya.

Adly mungkin bukanlah seorang peminat bola sepak mahu pun Manchester United, namun beliau tidak melepaskan untuk mendapatkan set Lego Creator Expert bermodelkan Old Trafford ini.

Di laman Instagramnya, Adly menunjukkan video beliau membina set Lego stadium Old Trafford tersebut yang bernilai lebih RM 1 ribu bagi satu set.

Bagi set model Old Trafford itu, ia mempunyai 3898 kepingan yang diasingkan di dalam 21 set yang berbeza.

Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya selepas melihat set ini adalah PERLU!

Kata Adly, melihat kepada set model tersebut beliau menjangkakan yang lapan hingga sembilan jam diperlukan untuk menyiapkan stadium Old Trafford tersebut.

Akan tetapi, beliau yang sebenarnya bukan seorang penyokong Manchester United mengatakan ianya proses untuk menyiapkan set model itu adalah menyeronokkan dan boleh mengisi masa lapangnya.

Saksikan video penuh proses Adly menyiapkan set model tersebut di laman Instagram beliau.


SUMBER : semuanyabola.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...