EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Libas & Tetak Kepala Ibu Dengan Pisau Pemotong Daging

0 month ago, 15-Sep-2020

Berang diminta menutup suis lampu, seorang anak tergamak menetak kepala ibunya dengan pisau pemotong daging di rumah mereka di Flat Hijau Mak Mandin, Butterworth.

Libas dan tetak kepala ibu

Menurut laporan dari Astro AWANI, kejadian berlaku pada jam 8:15 pagi semasa mangsa sedang mengemas rumah dan mendapati lampu bilik anaknya menyala, lalu mangsa menyuruh anaknya menutup lampu.

Berang akibat diganggu semasa tidur, suspek yang berusia 42 tahun dan juga merupakan anak kepada mangsa itu, terus bertindak pergi ke dapur mengambil pisau dan melibaskan pisau tersebut ke arah ibunya.

Suspek tiba-tiba masuk ke dapur dan mengambil sebilah pisau pemotong daging dan melibas-libas ke arah ibunya sehingga terkena lengan mangsa selain menetak kepala ibunya.

Cedera di kepala dan lengan

Mangsa mengalami kecederaan iaitu luka sepanjang 10 sentimeter di bahagian kepala dan 8 sentimeter di bahagian lengan kanan.

Tidak cukup dengan itu, suspek yang hanya tinggal berdua sahaja dengan ibunya itu kemudian bertindak menghalau mangsa keluar dari rumah tersebut.

Mangsa yang berlumuran darah pergi ke rumah jirannya sebelum ambulan tiba dan membawanya ke Hospital Seberang Jaya bagi mendapatkan rawatan.

Suspek mempunyai 7 rekod lampau

Suspek merupakan seorang penagih dadah dan mempunyai tujuh rekod lampau termasuk lima rekod dadah.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Libas & Tetak Kepala Ibu Dengan Pisau Pemotong Daging Bawang Rangers.


Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...