EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Lewandowski ketagih gol

0 month ago, 27-Nov-2019

ROBERT Lewandowski mengukuhkan statusnya sebagai penyerang bertaraf dunia dengan menjaringkan empat gol dalam tempoh 15 minit dalam Liga Juara-Juara, membuatkan lawannya membandingkannya dengan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Bintang Bayern Munich itu memerlukan 14 minit 31 saat untuk meledak empat gol ketika membelasah Red Star Belgrade 6-0, menjadikannya penjaring terbanyak Liga Juara-Juara dengan 10 gol dalam lima perlawanan.

Saya perlu akui, saya ketagih menjaringkan gol, kata Lewandowski, 31, menerusi Twitter selepas menjaringkan 27 gol dalam 20 perlawanan untuk Bayern musim ini.

Bayern menjaringkan kesemua empat perlawanan di bawah pemangku pengurus Hansi Flick, tanpa bolos sebarang gol dan menjaringkan 16 gol - tujuh daripadanya oleh Lewandowski.

Robert di tahap terbaik ketika ini, kata Flick.

Dia bekerja secara profesional, sentiasa memberikan usaha tambahan dan mendapat ganjarannya sekali lagi.

Isterinya Anna, bekas juara karate dan blogger kecergasan menganggap Lewandowski umpama jentera yang menghabiskan masa berjam lamanya di gimnasium untuk berada pada tahap terbaik.

Dia benar-benar seperti jentera. Tubuhnya mengagumkan. Dia seorang profesional sejati dan tegas mengikuti pelan dietnya, katanya.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...