www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Awal lagi letak sasaran emas Olimpik BAM

0 month ago, 14-Feb-2019


Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyatakan masih terlalu awal untuk meletakkan sasaran pingat emas Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

Setiausaha Agung BAM, Datuk Ng Chin Chai berkata badan induk sukan itu tidak mahu memberitekanan kepada mana-mana pemain terutamanya jaguhperseorangan lelaki negara Datuk Lee Chong Wei dan pemain muda lain.

Jelasnya BAM memberikepercayaan sepenuhnya kepada barisankejurulatihan dalam membimbing pemain masing-masing untuk meraih slot ke Sukan Olimpik yang akan bermula Mei ini.

Buat sementara, kita tidak boleh meletakkan sasaran emas Sukan Olimpik kepada Datuk Lee Chong Wei. Kita tidak boleh beri tekanan kepadanya. Bagi dia masa untuk menjalani latihan selepas pulih sepenuh daripada penyakitnya itu.

Seperti saya sebutkan sebelum ini, semua keputusan adalah daripada Chong Wei sendiri. Hanya beliau yang tahu apa terbaik untuk dirinya. Kita juga ada pemain muda yang sedang meningkat naik seperti Lee Zii Jia.

Kalau kita lihat, banyak perkembangan positif Zii Jia, beliau baru berusia 21 tahun dan masih muda, saya percaya Datuk Misbun Sidek (ketua jurulatih perseorangan lelaki) mempunyai perancangan terbaik untuk pemain muda, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CNT) di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara hari ini.

Chong Wei akanmembuat kemunculan semula pada saingan Terbuka Malaysia, April depan, selepas berehat panjang susulan kanser hidung dihidapinya.

Dalamperkembangan lain, Ng berkataBAM akanmenghantarpemainmudabagimenggalascabaran Malaysia di KejohananBadminton BerpasukanCampuran Asia ataulebihdikenalisebagaiPialaTong Yun Kai di Hong Kong pada19 hingga 24 Mac ini.

Jelasnya, selainmemberi pendedahan,tujuan BAM mengetengahkanpemain mudapada kejohananitu keranamahumendidikpemain menjadi lebihmatang dalammenghadapikejohananbesardan bersedia menjadi pemainbertanggungjawab.

Ini platform terbaikmereka. Kita bukan sahaja mahumelihat pencapaian daripada prestasi mereka tetapi mahupemain muda lebih matang dan bersediaapabila dipilihmenggalascabarannegara. Acara berpasukan berbeza denganindividu, semangat berpasukan akan membantumerekalebihkompetitif, katanya.

Barisan pemainuntukkejohananberkenaanadalahCheam June Wei, Soong Joo Ven (perseoranganlelaki); Lee Ying Ying, Ho Yen Mei (perseorangan wanita); Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani,Low Hang Yee-Ng Eng Cheong(beregu lelaki); Pearly Tan-Yap Ling, Anna Cheong-Lim Chiew Sien(bereguwanita);danHoo Pang Ron-Cheah Yee See, Chen Tang Jie-PeckYen Wei (beregucampuran). – Bernama

 

‘Awal lagi letak sasaran emas Olimpik’ – BAM Sukan Sinar.




SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts