EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Lepasi 150,000: JKJAV kini sasar 200,000 dos vaksin sehari

0 month ago, 09-Jun-2021

CYBERJAYA Kerajaan kini mensasarkan 200,000 suntikan vaksin Covid-19 sehari selepas berjaya melepasi angka 150,000 semalam.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, peningkatan kapasiti berterusan di Lembah Klang akan meningkatkan jumlah suntikan harian.

Suntikan harian bagi 8 Jun (semalam) melepasi 150,000. Ini menggerakkan jumlah pemberian ke arah 200,000 sehari.

Peningkatan kapasiti berterusan di Lembah Klang akan meningkatkan jumlah dos harian, kata beliau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Sementara itu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan jumlah suntikan semalam iaitu sebanyak 151,309 dos adalah rekod baharu yang dicatatkan.

Jawatankuasa itu berkata, angka tersebut melepasi sasaran 150,000 dos sehari seperti ditetapkan.

Katanya, 151,309 dos yang diberikan semalam, 105,722 untuk penerima suntikan pertama manakala 45,587 dos lagi bagi pemerima dua dos.

Pemberian dos vaksin COVID-19 tertinggi sebelum ini direkodkan pada 3 Jun lalu apabila 117,563 dos diberi.

Angka itu genap 100 hari selepas pelaksanaan PICK akhir Februari lalu.

Khairy sebelum ini memaklumkan kerajaan meletakkan sasaran pemberian 300,000 dos vaksin sehari pada Ogos.

Dengan itu, sasaran imuniti kelompok mampu dicapai lebih awal berbanding sasaran asal.

Dengan bekalan vaksin yang tiba lebih banyak, kerajaan meletakkan sasaran 150,000 dos diberikan sehari.

Sementara itu sebahagian daripada petugas media mula mendapat suntikan dos pertama hari ini menerusi program khas yang disediakan JKJAV.

Mereka terdiri daripada kalangan wartawan dan jurugambar yang berdaftar dengan Jabatan Penerangan menerima suntikan di beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara. Edisi 9



SUMBER : edisi9.com.my



Live Website Traffic


loading...