EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Lengkap berbatu nisan, 2 kubur misteri dijumpai tersusun elok di belakang rumah

0 month ago, 09-Feb-2020

Zaman kini, hidup berjiran ibarat sudah tiada makna. Ramai yang lebih suka hidup dan membuat hal sendiri berbanding mengambil maklumat dan jiran yang tinggal bersebelahan dirumah mereka.

Jadi, tidak peliklah jika terjadinya kes-kes kecurian dan jenayah di sekeliling, tanpa mengambil tahu keadaan dan situasi yang dialami oleh jiran-jiran mereka. Sangat merisaukan tetapi ini ialah senario yang sering dihadapi oleh rakyat Malaysia.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Azrul Nizam, berkongsikan satu kejadian aneh yang berlaku di kawasan perumahannya. Dia mendakwa dan melaporkan bahawa, penduduk di Taman Sri Impian, Kluang telah digemparkan dengan penemuan 2 buah kubur.

Lebih menarik perhatian, kubur tersebut telah dijumpai dan tertanam di belakang rumah salah seorang kejiranannya di situ. Perkara ini sekaligus telah mendapat perhatian pihak berkuasa dan telah menjalankan siatan lanjut mengenainya.

Sudah semestinya perkara seperti ini telah mengejutkan orang ramai. Walau bagaimanapun misteri tentang dua kubur ini masih lagi berada dalam siasatan pihak berkuasa tempatan.

Jika benar seperti yang diperkatakan, ingatlah bahawa amalan syirik dan juga ilmu hitam antara perkara yang dilaknat oleh Allah SWT.

: Facebook.


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...