EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Lembu comel minta ciuman dan pelukan setiap pagi daripada tuannya, mencairkan hati semua

0 month ago, 11-Sep-2020

Lembu dianggap sebagai haiwan pintar yang saling berinteraksi dengan cara kompleks daripada segi sosial.

Mereka gemar bermain dan berinteraksi dengan yang lain termasuklah dengan manusia dan haiwan lain.

Itulah yang berlaku pada pasangan Ryan Phillips dan juga Mallory Sherman, di mana lembu peliharaan mereka amat manja!

Peek Me

Lembu mereka, Jenna sangat sukakan perhatian. Jenna akan menghasilkan bunyi moo jika ibu bapanya itu tidak mempedulikannya.

Jenna sebenarnya dilahirkan tidak cukup bulan dan tidak berjaya menghasilkan susu maka pemiliknya terdahulu berniat ingin membunuhnya.

Namun anak kepada pemiliknya itu merayu agar nyawa Jenna tidak disia-siakan dan mahu mencari penjaga baru buat Jenna.

Peek Me

Sehinggalah Ryan dan Mallory akhirnya membela Jenna, di mana pasangan itu menguruskan santuari ladang tidak berasaskan keuntungan di Williamsburg, Virginia.

Jenna begitu manja. Setiap pagi, Jenna akan muncul di tingkap bahagian dapur rumah pasangan itu untuk meraih perhatian.

Jenna anggap saya seperti rakan baiknya dan melihat saya seperti ibunya lebih-lebih lagi ketika Jenna masih kecil. Sayalah yang menyusukannya menggunakan botol, kata Ryan.

Peek Me

Tambahnya, dia akan menghabiskan masa setiap malam dengan bercakap dan berbaring di sebelah Jenna di bangsal. Saya mahu pastikan Jenna sihat dan bahagia.

Kini Jenna telah pun berusia 2 tahun dan mempunyai ikatan begitu kuat dan tidak boleh dipisahkan dengan penyelamat hidupnya itu.

Peek Me

Difahamkan bukan sahaja Jenna yang dijaga oleh pasangan itu, malah terdapat beberapa ekor lembu yang lain, ayam belanda, ayam, anjing dan khinzir.

Kami sememangnya rapat. Jenna sama seperti ahli keluarga kami juga, dedah Ryan yang turut menambah bahawa Jenna begitu suka apabila tubuhnya digaru dan juga pelukan!

Lihat video penuh di bawah :

SWNS/YouTube

Lembu comel minta ciuman dan pelukan setiap pagi daripada tuannya, mencairkan hati semua Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...