EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

LELAKI TULAR AKSI KEJAR MENGEJAR POLIS DIDAKWA

0 month ago, 19-Nov-2020

Tertuduh, Rohaizad Lazim, 37 (Baju Ungu).

KUALA KANGSAR: Seorang penjual sate mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini atas dua pertuduhan menakutkan anggota polis dan memandu secara berbahaya minggu lalu.

Tertuduh, Rohaizad Lazim, 37, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Mengikut pertuduhan, Rohaizad didakwa dengan niat menakutkan penjawat awam yang sedang menjalankan tugas dengan melanggar kereta polis dari arah belakang di Jalan Taman Chandan Puteri, Kuala Kangsar pada pukul 7 malam 12 November lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Rohaizad didakwa memandu Proton Iswara dengan cara berbahaya kepada orang awam di Kilometer 1 Jalan Kuala Kangsar – Manong pada waktu dan tarikh sama.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu Mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga RM15,000 jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan dua penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 12 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Jumaat lalu, TV AlHijrah melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas memandu secara melulu hingga mengakibatkan kecederaan kepada pengguna jalan raya lain dalam cubaan melarikan diri dari sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Kuala Kangsar Manong.

Dalam cubaan meloloskan diri, suspek turut bertindak melanggar bahagian belakang satu daripada kereta peroda polis.

Suspek yang memandu tanpa lesen serta cukai jalan tamat turut merempuh sebuah motosikal menyebabkan penunggang wanita patah pergelangan tangan. — AlHijrah Online / Hamimah Hamid



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...