LELAKI MAUT TERSEPIT LORI RORO TERBALIK
0 month ago, 18-Sep-2023

KAPAR: Seorang pemandu lori maut tersepit selepas lori Roll On Roll Off (RORO) dipandunya hilang kawalan sebelum terbalik, dalam kejadian di Jalan Bukit Kerayong, di sini tengah hari tadi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.21 tengah hari sebelum anggotanya dikerahkan ke lokasi kejadian.
Setibanya di lokasi kejadian, kemalangan melibatkan sebuah lori RORO dipercayai hilang kawalan dan terbalik dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 30-an.
Mangsa didapati tersepit di bahagian pemandu dan berjaya dikeluarkan kira-kira jam 1.15 petang, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.