EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Lelaki Terpedaya Dengan Dukun Pendinding C0VID-19 RM650

0 month ago, 29-Aug-2021

Seorang individu yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 45, berkata dia ada mendapatkan khidmat seorang dukun C0VID-19 yang mendkwa mempunyai keupayaan untuk menyembuhkan serta menjadi pendinding kepada v!rus berkenaan.

Bercerita lanjut, Azman berkata, dia menghubungi lelaki itu selepas diperkenalkan oleh rakannya yang menyatakan bahawa dukun itu mampu untuk menjadi pendinding daripada dijngkiti v!rus itu hanya dengan membaca ayat-ayat tertentu.

Saya menghubungi lelaki itu selepas rakan sepejabat berk0ngsi nombor telefonnya. Saya turut bertanyakan jika ada caj rawatan dikenakan.

Dukun C0VID-19 itu menyatakan, caj untuk rawatan penyembuhan ialah RM250, caj untuk pendinding secara pakej dengan penyembuhan adalah RM450 manakala bagi perlindungan sepanjang masa, caj RM650 dikenakan.

Saya memilih pakej kedua iaitu penyembuhan dan pendinding dan dia memberi saya hari dan masa untuk dihubungi, katanya.

Menurut Azman, beberapa hari kemudian, dukun itu menghubunginya dan melakukan kaedah rawatan yang dijanjikan hanya menerusi panggilan telefon saja.

Menerusi rawatan maya itu, dia memulakan bacaan jampi serapah dengan bahasa asing, kemudian dia membaca ayat mirip al-Quran namun selepas beberapa ketika, saya dapati ia adalah ayat suci al-Quran namun dibaca dalam keadaan terbalik.

Dia juga menyeru nama-nama dewa serta jin. Saya tidak sedap hati dan menjauhkan telinga daripada telefon dan membiarkan dia hingga selesai, katanya.

Saya tidak menghubunginya malah dia juga tidak menghubungi saya lagi selepas sesi itu, katanya.

Susulan itu, Azman merujuk perkara itu kepada beberapa kenalan yang bertugas di jabatan agama dan mereka menyatakan bahawa tindakan membaca al-Quran secara terbalik adalah haram dan dilarang dalam Islam. – dipetik dari MYKMU, HM

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! [email protected]Mytv Viral



SUMBER : mytvviral.com



Live Website Traffic


loading...