EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Lelaki Terlibat Dalam Cubaan Culik Kanak-kanak Ditahan Polis (ADA VIDEO)

12 month ago, 11-May-2022

Penduduk di sini gempar dengan kejadian dipercayai cubaan menculik seorang kanak-kanak lelaki sebuah sekolah agama di kawasan berkenaan selepas rakaman video dan gambar kejadian itu tular di laman sosial Twitter.

Lelaki Terlibat Dalam Cubaan Culik Kanak-kanak Ditahan Polis (ADA VIDEO)

Dalam video dan gambar itu, seorang lelaki memakai kemeja-T lengan panjang berwarna putih dan berseluar panjang dilihat berjalan laju sambil mendukung kanak-kanak terbabit di Taman Kota Masai di sini.

Kejadian dipercayai berlaku pagi tadi di tepi jalan raya berhampiran sebuah restoran makanan segera.

Bagaimanapun, orang ramai yang menyaksikan perbuatan lelaki itu menghalangnya sebelum memerangkap suspek serta menghubungi polis bagi tindakan lanjut.

Difahamkan mangsa kejadian iaitu seorang kanak-kanak Sekolah Agama Taman Scientex dan dalam video yang dimuat naik, kedengaran suara mangsa menangis.

Apabila lelaki berkenaan dihampiri orang ramai, dia mendakwa kanak-kanak itu adalah anak yatim sebelum salah seorang pengguna jalan raya memintanya ke balai polis.

Bagaimanapun, lelaki itu tidak mempedulikan permintaan berkenaan hingga perbuatannya menimbulkan keraguan ramai.

Lelaki terbabit kemudian diserahkan kepada polis.

Seorang lelaki yang mendakwa menyelamatkan mangsa berkongsi pengalamannya di FB hingga ia menarik perhatian ramai.

Dalam perkongsian berkenaan, seorang netizen juga mendakwa mengenali lelaki yang melakukan perbuatan berkenaan dan memaklumkan lelaki itu berdepan krisis rumah tangga, pernah terbabit dalam penagihan dadah serta memiliki masalah psikiatri.

Sementara itu, polis ketika dihubungi memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan media berkaitan kejadian.

VIDEO KES PENCULIKAN BUDAK SEKOLAH AGAMA TAMAN SCIENTEX. SUSPEK NAIK MOTOR NAK ISI MINYAK KAT CALTEX. BUDAK YANG DI CULIK MENJERIT MINTA TOLONG. ALLAH TRAUMA BUDAK TU.

Info akan dikemaskini mengikut siaran media jika ada pic.twitter.com/4cWMAxBOnL

— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) May 11, 2022

: Twitter, Berita Harian

Lelaki Terlibat Dalam Cubaan Culik Kanak-kanak Ditahan Polis (ADA VIDEO) KHALIFAH MEDIA NETWORKS.