EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

LELAKI SOLAT DI TENGAH JALAN RAYA LARI DARI HOSPITAL

0 month ago, 15-Oct-2021

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang lelaki menunaikan solat di tengah jalan raya sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di Jalan Ipoh, berhampiran sebuah stesen minyak di Taman City petang semalam, merupakan pesakit psikiatri.

Lelaki warga tempatan berusia 30 tahun itu didapati melarikan diri daripada wad untuk tidak menerima rawatan pesakit psikiatri di Hospital Selayang.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya telah menghubungi pengurusan Hospital Selayang untuk menghantar ambulans ke lokasi kejadian dan membawa lelaki tersebut untuk rawatan selanjutnya.

Menurutnya, anggota JSPT yang bertugas pada awalnya telah membuat rondaan selepas menerima maklumat berkenaan kesesakan jalan raya di lokasi kejadian.

Sampai ke tempat kejadian mendapati seorang lelaki sedang berdiri di tengah jalan sambil melaungkan azan dan bersolat.

Anggota bertindak memujuk lelaki tersebut dan membawanya ke Stesen Minyak Shell berhampiran untuk tujuan menenangkannya, katanya.

Sarifudin mengulas, lelaki tersebut juga memakai gelang putih yang menyerupai gelang hospital.

Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki sedang solat di atas jalan raya dengan tidak menghiraukan keadaan sekeliling sambil dipantau anggota-anggota polis trafik.–AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...