EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Lelaki ini perdayakan warga Twitter serahkan gambar kucing masing-masing demi kepuasan hatinya

0 month ago, 12-Jul-2019

Sekarang menjadi satu fenomena di mana rata-rata warganet akan melakukan pelbagai jenis 'cabaran' di media sosial dan menyebarkannya kepada rakan-rakan. Misalnya Cabaran Penutup Botol dan Tarian Keke yang pernah menjadi ikutan ramai beberapa bulan lalu.

Apa yang membuatkan cabaran ini menjadi ikutan ramai adalah apabila wujud ajakan-ajakan daripada seorang individu kepada seorang individu untuk melakukan sesuatu cabaran. Cara inilah yang membuatkan sesuatu cabaran itu menjadi fenomena yang diikuti oleh warganet seluruh dunia!

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai@DozznutOperatortelah melakukan perkara yang sama dengan memuat naik gambar kucing peliharaannya dan mendakwa bahawa kucingnya lebih comel berbanding mana-mana kucing yang ada di dunia ini.

My cat is cuter than yours fight me pic.twitter.com/iLjE3Beuvp

Donut Operator ???? (@DonutOperator) June 29, 2019

Tindakan@DozznutOperatoritu membuatkan ramai pengguna Twitter lain berasa tercabar lalu mula berkongsi gambar kucing masing-masing sedang melakukan aksi comel mereka. Tidak lama kemudian, tweetyang dimulakan oleh@DozznutOperatorkemudiannya dipenuhi dengan gambar-gambar kucing yang sangat comel!

#1 Comelnya!

hexthesquare

#2 Tidur pun comel

Alvaoscar

#3 Saya lagi comel bukan?

ZQRF2006

#4 Tak senyum pun rasa nak picit-picit pipi itu!

DanMacchio

#5 Hai si comel!

VsevolodAristov

#6 Mengantuk sangat ke tu?

Mel50371

#7 Tiada siapa boleh menandingi kecomelan perut itu!

YourDad966xb1

#8 Bagaimana pula dengan perut saya? Comel juga kan?

xenolithcomics

#9 Garang-garang comel

Me4tSt1ck

#10 Bulatnya!

herp6969

Bagaimanapun,@DozznutOperatortelah mendedahkan tujuan sebenar dia mencipta cabaran tersebut dan hal ini membuatkan ramai pengguna Twitter terpedaya dalam rancangan tipu muslihatnya itu.

"Helah saya berjaya. Kini saya memiliki ratusan gambar kucing yang sangat comel dan saya boleh melihat kesemuanya ketika saya tiadamood.Anda semua terjebak dalam perangkap saya,"kongsi @DozznutOperatordi Twitternya.

Apa-apa pun, helah tipu daya @DozznutOperatorberjaya membuatkan hari kita menjadi lebih ceria dengan adanya gambar-gambar haiwan comel kesayangan ramai ini.

: Bored Panda

Lelaki ini perdayakan warga Twitter ‘serahkan’ gambar kucing masing-masing demi kepuasan hatinya Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com