EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Lelaki miliki rekod 100 tangkapan ditahan bersama kekasih kerana kembali aktif menyamun guna Myvi

0 month ago, 12-Jan-2021
save 2.0


Polis menahan seorang lelaki yang mempunyai 100 rekod tangkapan, bersama dengan teman wanitanya selepas didapati kembali aktif melakukan kegiatan samun dan curi kenderaan di empat negeri. 


Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D0) daerah Melaka Tengah melakukan serbuan di sebuah hotel bajet di Jalan Kesidang semalam pada jam 12.40 tengah hari mengesan tiga suspek, namun salah seorang berjaya melarikan diri. 


Polis juga terpaksa melepaskan tiga das tembakan selepas pasangan berusia 38 tahun dan teman wanitanya 42 tahun itu merempuh kenderaan polis berkali-kali semasa cuba melarikan diri dengan Perodua Myvi, sebelum berjaya ditahan. 


Siasatan mendapati, suspek telah menjadikan hotel tersebut sebagai markas jenayah sejak September 2020 dan melakukan kegiatan samun serta curi kenderaan di Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Melaka. 




Pemeriksaan pada kenderaan suspek turut menemui parang dan kapak yang dipercayai digunakan untuk melakukan kegiatan samun dan curi kenderaan. Selain itu, pelbagai jenis dadah termasuk dadah methamphetamine seberat 20.64 gram, heroin 15.07 gram, empat biji pil kuda dan dua pil ecstasy. 


Semakan juga mendapati suspek lelaki mempunyai 100 rekod tangkapan dan 40 rekod jenayah lampau. Teman wanitanya pula mempunyai empat rekod jenayah berkaitan dadah. 


Dengan penahanan dua suspek itu turut menyelesaikan 10 kes jenayah membabitkan kes samun, pecah rumah dan curi kenderaan yang dilaporkan di Melaka sejak September 2020. 


Kes disiasat di bawah Seksyen 379A kerana jenayah curi kenderaan, Seksyen 380 kerana mencuri dalam bangunan, Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana menyerang ataupun menggunakan kekerasan jenayah, serta Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. 


: Harian Metro



SUMBER : viralpurba.com



Live Website Traffic


loading...