EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Lelaki Meninggal Dunia Ketika Berzikir Selepas Solat Subuh

0 month ago, 14-Feb-2020


Seorang lelaki meninggal dunia selepas selesai mengerjakan solat Subuh secara berjemaah di Surau Raudhatul Firdaus, Taman Kerjasama, Kluang.

Dalam kejadian itu, mangsa bersama jemaah lain termasuk sekumpulan pelajar tahfiz sedang berzikir sebelum dia tiba-tiba mengalami sesak nafas.

Saksi, Ustaz Muhd Abd Rahman berkata, arwah sempat mengurut dadanya beberapa kali lalu rebah.

Muhd Abd Rahman yang melihat kejadian itu faham akan situasi tersebut dan terus mengajar arwah mengucap dua kalimah syahadah.


Sejurus mengucap, arwah menyebut panjang kalimah Allah dan pergi buat selama-lamanya.

Anggota perubatan yang tiba selepas itu mengesahkan kematian arwah.



Sementara itu, Ustaz Muhd Abd Rahman berkongsi kejadian itu di Facebook miliknya selain menyifatkan pemergian arwah cukup mudah dalam keadaan yang baik atau husnul khatimah.


: cempedakcheese.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...