www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Lelaki kurang siuman koyak di mulut & lidah selepas panjat tiang elektrik

0 month ago, 17-Apr-2019



Tindakan seorang lelaki kurang siuman memanjat tiang elektrik dan mengusik kotak kuasa pada tiang tersebut mengundang renjatan elektrik menyebabkan mulut dan lidahnya parah. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 2:30 petang semalam di Kampung Ulu Pauh, Arau, kejadian itu disedari oleh seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) ketika melakukan pemeriksaan rutin. 

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, kakitangan berusia 32 tahun itu mendapati perkakas dan kotak kuasa elektrik di tiang elektrik terbabit terbakar dan berbau hangus. 

Kakitangan TNB kemudian dimaklumkan oleh orang awam bahawa lelaki kurang siuman telah memanjat tiang berkenaan dan mengusik kotak kuasa di tiang itu. 

"Ketika sedang leka mengusik, kota itu meletup dan menyambar muka lelaki berusia dalam lingkungan 50-an sehingga mulut dan lidahnya terkoyak," katanya memetik laporan dari Harian Metro

Mangsa yang ditemui tidak jauh dari lokasi tiang elektrik itu kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk mendapatkan rawatan kecemasan. 



SUMBER : viralpurba.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts