www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Lelaki ini kongsi pengalaman hampir menyaksikan kes penculikan kanak-kanak di bazar Ramadan yang sesak dengan pengunjung

0 month ago, 17-May-2019


Semua orang tahu bahawa keadaan di bazar Ramadan yang agak sesak dengan orang ramai yang mahu mencari juadah berbuka puasa. Malangnya, keadaan yang sesak sebegini digunakan oleh penjenayah yang merancang untuk menculik kanak-kanak walaupun sudah terang-terangan kawasan itu dipenuhi oleh orang ramai.

Gambar sekadar hiasan|siraplimau

Situasi yang mengejutkan dan mendebarkan ini disaksikan sendiri oleh Muhammad Faiz Haziq yang berkongsi pengalamannya melihat seorang kanak-kanak yang hampir diculik. Oleh sebab itu, orang ramai diingatkan untuk sentiasa menjaga anak-anak dan berwaspada dengan kemungkinan yang mungkin berlaku jika membawa kanak-kanak ke bazar Ramadan.

Tolong pegang tangan anak anda

"Salam, diminta berpesan-pesanlah kepada para ibu bapa yang membawa anak-anak ke bazar Ramadan terutamanya bazar yang sesak dengan pengunjung untuk sentiasa memerhatikan anak dan pegang tangan anak anda sebaiknya.

Gambar sekadar hiasan|siraplimau

Kes ini berlaku di bazar Ramadan di hadapan saya sendiri dan agak menakutkan. Keadaan bazar pada ketika itu agak sesak dengan pengunjung terutamanya ketika waktu berbuka semakin hampir. Pada ketika itu, saya mahu membeli juadah dan di hadapan saya ada seorang wanita yang mendukung bayi serta seorang lagi kanak-kanak perempuan yang mengikutinya. Pada waktu itu, tangan wanita di hadapan saya ini sudah penuh dengan plastik makanan yang dibeli dan mengendong anaknya. Suasana yang sesak itu pula menyebabkan semua pengunjung terpaksa berjalan dengan perlahan.

Apabila tiba di persimpangan di bazar itu, secara tiba-tiba, seorang lelaki telah memotong barisan di hadapan saya dan terus menarik tangan kanak-kanak perempuan itu dan mahu menuju ke simpang yang lain. Walau bagaimanapun, nasib menyebelahi kanak-kanak perempuan itu apabila lelaki itu terlanggar pengunjung yang lain sewaktu mahu menarik kanak-kanak itu yang membuatkan wanita di hadapan saya berpaling ke belakang. Lantas, lelaki itu melepaskan tangan kanak-kanak itu dan menghilangkan diri menuju ke arah simpang yang lain.

Gambar sekadar hiasan|siraplimau

Wanita tersebut berpaling ke belakang dan melihat anaknya sudah tiada di belakang dan setelah menoleh ke tepi, barulah dia melihat anaknya. Malangnya, wanita itu langsung tidak mengetahui bahawa anaknya sudah ditarik oleh lelaki itu tadi kerana dia hanya berpaling ketika lelaki itu terlanggar pengunjung lain dan bukannya ketika anaknya ditarik.

Gambar sekadar hiasan|siraplimau

Syukurlah pada ketika itu saya sedang memandang ke hadapan dan bukannya sedang melihat-lihat makanan yang dijual di gerai-gerai. Mungkin jika lelaki itu tidak terlanggar pengunjung lain, sesuatu yang buruk telahpun berlaku. Perkara ini berlaku dengan terlalu cepat dan mungkin lelaki itu sudah lama memerhatikan tingkah laku keluarga itu. Saya tidak benar-benar pasti dengan apa yang berlaku tetapi saya rasa hal ini sememangnya cubaan untuk menculik kanak-kanak.

Diharapkan agar semua orang berhati-hati apabila mengunjungi bazar Ramadan yang sesak. Semoga kita semua terhindar dari perkara yang buruk dan perbuatan aniaya."

: Muhammad Faiz Haziq|Facebook

Lelaki ini kongsi pengalaman hampir menyaksikan kes penculikan kanak-kanak di bazar Ramadan yang sesak dengan pengunjung Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts