EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Lelaki Khwin 7 Wanita Kesayangan Secara Serentak- Tak ckup lagi ni.. akn dtg sy akan tambah lgi isteri..

0 month ago, 19-Sep-2023

Tular kisah seorang lelaki warga Uganda yang berkahwin tujuh isteri secara serentak sambil mengidamkan untuk memiliki ramai cahaya mata.

Selain mengundang reaksi negatif warga maya, ramai juga yang kagum dengan kehebatan lelaki itu apabila berjaya ‘mengurat’ sekali gus memikat hati wanita berkenaan untuk dijadikan isteri.

Habib Nsikonnene, 43, yang juga pakar perubatan tradisional, menjemput kesemua isterinya dari salon kecantikan sebelum upacara perkahwinan di Kampung Namasengere, dekat daerah Kamuli, sambil diarak lebih 40 kereta dan 30 motosikal.

Nama tujuh pengantin wanita itu turut didedahkan iaitu Aisha, Fatimah, Sharifah, Rashida, Mariam, Saha dan Sinap.

Difahamkan, kesemua pengantin berkenaan berkahwin dalam tempoh satu hari dalam sebuah majlis yang diadakan pada 10 September lalu.

Habib berkata, beliau mengenali semua isterinya secara berasingan dan memutuskan untuk berkahwin dengan mereka sekali gus untuk membentuk keluarga besar.

Bapa kepada Habib mendedahkan ramai lelaki di Uganda memiliki ramai isteri.

Selain Habib, datuknya juga mempunyai isteri ramai iaitu seramai enam orang, manakala bapanya pula pernah mengahwini lima wanita. – AGENSI
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.




SUMBER : r8v.org