EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Lelaki kerap pakai seluar dalam yang sama 3 hingga 10 kali sebelum dicuci

0 month ago, 09-Jun-2021


Baru-baru ini, seorang lelaki berasal dari Amerika Syarikat telah memuat naik satu pendedahan di akaun Twitternya yang mengatakan dia kerap memakai seluar dalam yang sama lebih kurang 10 kali sebelum dicuci semula.


"Secara jujurnya, tidak ada lelaki yang memakai seluar dalam hanya satu kali sahaja sebelum mencucinya. Setiap lelaki memakai setiap sepasang seluar dalam sekurang-kurangnya 3 hingga 10 kali sebelum mencucinya," tulisnya. 


Teori lelaki itu tidak bukan sahaja tidak masuk akal, malah ramai netizen yang tidak bersetuju dengan kenyataannya itu. 


Netizen 1 berkata, "Tolong beritahu saya yang awak hanya bergurau bro? Takkanlah lepas awak mandi, awak pakai semula seluar dalam yang telah dipakai?!". 


Netizen 2 berkata, "Saya sendiri tak suka pakai seluar pendek yang sama selepas dipakai semalam. Ada ke yang pakai seluar dalam yang sama lebih dari sekali?". 


Ada juga pengikutnya membantah, "Dia cuba meletakkan kita semua (lelaki) sama dengan tabiat dia. Oh tolonglah, itu hanya tabiat awak sendiri. Kami tidak seperti itu". 


Tidak kurang juga ada yang mengaku mereka menggunakan seluar jeans yang sama selama berminggu-minggu hanya sekiranya seluar jeans itu tidak dikotori. Tetapi bukanlah untuk seluar dalam. 


Ada segelintir wanita turut memberikan pandangan mereka mengenai isu itu. 


"Oh tidak! Ini tidak betul. Tapi kalau betul pun, terima kasih sajalah dan saya takkan jalinkan hubungan seks dengan lelaki berperangai seperti ini. Ianya menjijikkan," tulis wanita berkenaan. 


Apa pandangan anda? Kongsikan dengan kami di ruangan komen. 


: Daily Star



SUMBER : viralpurba.com



Live Website Traffic


loading...