EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran rumah

0 month ago, 15-Sep-2020

KEBAKARAN sebuah rumah di Taman Malik, Alor Setar yangh mengorbankan Roslan Abu Bakar, semalam.


ALOR SETAR: Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Taman Malik di sini pagi ini.

 

Dalam kebakaran pada pukul 5.30 pagi itu, mangsa, Roslan Abu Bakar, 56, ditemui di depan pintu (utama dalam rumah terbabit.

 

Isteri mangsa yang berusia 55 tahun dan dua anak mereka berusia 15 dan 17 tahun terselamat dalam kebakaran itu.

 

Jurucakap polis memberitahu, seramai 15 anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar dan Jalan Raja di sini bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 5.32 pagi.

 

Bomba yang tiba di tempat kejadian itu mendapati rumah terbabit telah terbakar 90 peratus.

 

Turut musnah melibatkan dua buah kereta dan sebuah motosikal terbakar hampir 30 peratus, katanya di sini pagi ini.

 

Menurut jurucakap itu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat. 


-UTUSAN


SUMBER : penangkini.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...