EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Lebih 40,000 Orang Pergi Bercuti Di Pulau Perhentian Pada Bulan Lepas, Ramai Gila!

0 month ago, 17-Sep-2020

Ramai betul yang pergi bercuti di Pulau Perhentian pada bulan lepas, lebih dari 40,000 orang kot. Dan ini merupakan satu peningkatan sebanyak dua kali ganda berbanding bulan Julai iaitu pada 26, 680 orang. Kalau korang nak tahu, sebelum ni Pulau Perhentian menjadi lokasi ideal untuk pelancong dari luar negara. Memang rakyat tempatan sikit je berbanding dengan pelancong luar.

Menurut Ahmad Zulfa Shafie, Penyelia Pusat Penerangan Pelancong Kuala Terengganu, sektor pelancongan memang terjejas teruk akibat wabak COVID-19. Bulan Mac saja ada 11,765 pelancong. Tapi bulan April dan Mei memang tiada pelancong lansung. Yelah, kita tengah dalam PKP kan waktu tu.

Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia memang support ekonomi pelancongan domestik dan mula travel ke tempat-tempat yang mereka mahu. Sebelum PKP, mungkin ramai yang berfikir tak apa lah, nanti aku pergi bila-bila masa aku free. Namun PKP membuatkan ramai yang kempunan untuk travel dan sekaligus meningkatkan jumlah pelancong domestik.

Dan yang paling sedap didengar adalah semua pelancong yang bercuti di Pulau Perhentian tersebut mematuhi SOP yang ditetapkan. Ini yang kita mahu, walaupun kita masih dalam peringkat pemulihan, namun kita tidak seharusnya leka. Nak bercuti boleh, tapi jaga jarak 1 meter, pakai sanitizer, dan jangan lupa penutup muka.

Bersama-sama kita meningkatkan ekonomi pelancongan di negara Malaysia. Have a safe trip guys!


SUMBER : rileklah.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...