EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Lebih 25,000 doktor bantu Hubei

1 month ago, 15-Feb-2020

Beijing: Lebih 25,000 doktor dari seluruh negeri di China tiba di wilayah Hubei untuk memberi bantuan dalam perjuangan negara itu memerangi wabak Covid-19, kata Timbalan Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Negara Wang Hesheng.

Pada masa ini, 217 pasukan perubatan dengan seramai 25,633 doktor sudah dihantar ke wilayah Hubei untuk memberikan bantuan perubatan.

Jumlah itu tidak termasuk doktor dari angkatan tentera, kata Wang.

Bilangan pasukan perubatan terbesar, iaitu 181 pasukan membabitkan 20,374 doktor dihantar ke bandar Wuhan, yang menjadi pusat epidemik.

Covid-19, pertama kali dikesan di bandar Wuhan, China, yang terletak di wilayah Hubei, pada Disember, sejak itu virus berkenaan sudah merebak ke lebih 25 negara.

Di tanah besar China, virus itu mengakibatkan 1,523 kematian, dengan 66,492 dijangkiti.

Lebih 1,700 doktor juga dijangkiti, enam daripadanya meninggal dunia.

Pada akhir Januari, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan wabak itu sebagai darurat kesihatan global.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...