EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Lebih RM71 Bilion Telah Diagihkan Pada Pengeluaran i-Sinar, i-Lestari KWSP

0 month ago, 08-Jun-2021

Catatan suku pertama yang berakhir pada 31 Mac lalu telah memperlihatkan pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini mencatatkan RM19.29 bilion.

Nilai itu disokong berdasarkan sumbangan ekuiti 74% namun setelah menilai kos, pendapatan pelaburan bersih yang dicatatkan kumpulan adalah sebanyak RM19.24 bilion.

Sementara itu, berhubung pendekatan pengeluaran akaun 1 dan akaun 2 di bawah i-Lestari serta i-Sinar. KWSP memaklumkan sebanyak RM50.93 bilion (i-Sinar) telah dikeluarkan melibatkan kelulusan 6.49 juta pemohon dan RM20.80 bilion (i-Lestari) telah dibayar kepada 5.27 juta pencarum.

Meskipun berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi dan terdapat kebimbangan berhubung inflasi KWSP melihat peranan agihan vaksinasi mampu menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

Selain itu, setakat akhir Mac 2021 jumlah aset pelaburan KWSP adalah RM98.71 bilion, di mana 36% daripadanya disalurkan pada pasaran luar negara.

Melihat pada momentum krisis ketika ini, para pencarum dinasihatkan untuk mengambil langkah proaktif dalam melindungi simpanan persaraan mereka. Tindakan itu akan membantu pengurusan kewangan menjadi lebih baik.



SUMBER : rnggt.com



Live Website Traffic


loading...