EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Lebih 600,000 berisiko positif Covid-19 di Indonesia

0 month ago, 20-Mar-2020

LEBIH 600,00o warga Indonesia berisiko positif wabak koronavirus baharu (Covid-190, ketika jumlah kematian di negara itu kini meningkat kepada 32 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, jumlah kes positif setakat hari ini mencecah 369 kes, dan boleh atau berkemungkinan meningkat drastik.

Beliau berkata, ia berdasarkan pengesanan kontak mereka yang positif dengan orang sekitar mereka sebelum ini (pengesanan kontak sebelum mereka yang positif itu disahkan positif).

Katanya, penduduk Indonesia kini berjumlah lebih 270 juta orang, manakala penduduk di Jakarta dan kota berhampirannya seperti Bekasi, Tangerang, Depok dan Bogor, berjumlah lebih 30 juta orang.

Setakat 1 petang ini, jumlah kematian 32 kes (tambahan tujuh kes), jumlah kes positif 369 (berbanding 309 kes semalam), tambahan 60 kes baharu, katanya.

Achmad berkata demikian dalam sidang media yang disiarkan menerusi Youtube Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), hari ini.

Mengikut pecahan kes kematian, Jakarta mencatatkan 18 kes kematian, Jawa Barat (7), Jawa Tengah (3) dan masing masing satu kes di Bali, Banten, Jawa Timur dan Sumatera Utara.

Populasi yang berisiko (dijangkiti) adalah 600,000 hingga 700,000 orang.

Sudah ada alat kit ujian sebanyak satu juta, untuk kita jalankan pemeriksaan secara massal (berskala besar), katanya.

Presiden Indonesia Joko Widodo menerusi laman rasmi Presiden Indonesia; www.presiden.go.id. hari ini berkata, pemerintah Indonesia akan melaksanakan rapid test bermula petang ini, di Jakarta Selatan.

Kami menjalankan ujian petang ini, dengan pegawai perubatan yang melawat penduduk di sana (di Jakarta Selatan) dari rumah ke rumah, mengambil sampel darah, kata Jokowi.

Ujian itu adalah sebagai usaha pemerintah, melakukan pengesanan awal sama ada seseorang itu dijangkiti tanda tanda awal Covid-19 atau sebaliknya.

Pemerintah Indonesia juga akan menjadikan Wisma Atlet Kemayoran (Perkampungan Sukan Asia 2018) berkapasiti 15,000 orang dan hotel milik Badan Usaha Milik Negara (syarikat milik kerajaan), sebagai hospital sementara atau tempat kuarantin, bermula Isnin ini.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...