EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Layanan macam mana kita mahu? Umno perlu sedar diri, kata Annuar

0 month ago, 20-Nov-2020


PETALING JAYA:
Umno perlu sedar diri dan tidak berhak mempersoalkan layanan diterima parti itu dalam Kabinet Muhyiddin Yassin.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Annuar Musa berkata, sesetengah individu dalam parti itu sudah lupa, Umno parti yang kalah dan sudah jatuh.

Kadang-kadang kita masih dalam kepompong. Kita rasakan Umno sekarang masih macam Umno dulu yang mana kita perlu dilayan begini dan begitu.

Kita lupa kita datang dari parti yang telah jatuh dah kalah tetapi secara berperingkat kita bina semula kekuatan. Jika bercakap soal layanan, layanan macam mana yang kita mahu, katanya dalam wawancara bersama Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan anjuran Umno Online malam ini.

Mengulas mengenai kedudukan Radzi Jidin yang dilantik sebagai menteri kanan walaupun tewas di tangan beliau pada pilihan raya umum lalu, Annuar yang juga setiausaha agung Barisan Nasional (BN) berkata, beliau tidak mahu perkara itu menjadi pertikaian parti kerana jawatan dalam Kabinet adalah hak prerogratif perdana menteri.

Menteri kiri atau menteri kanan kita semua adalah anggota Kabinet. Prinsip saya, bila dah dilantik kita mesti jalankan tugas dengan sebaiknya agar nama parti terjaga. Adakah jawatan dalam Kabinet kita nak buat tawar menawar, katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan isu jawatan dalam Kabinet seharusnya dirunding oleh parti gabungan sebelum Kabinet dibentuk.

Kenapa dah lepas 8 bulan baru nak reka cerita kita tidak dilayan dengan adil. Bagi saya itu cerita rekaan. Separuh daripada Kabinet adalah orang BN. Seramai 11 orang dari BN. Apa yang kita nak buat dalam kerajaan, kita boleh buat. Kenapa kita nak reka kita tak dilayan dengan baik, soalnya.

Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh menegaskan, Umno perlu melupakan luka lama dan kembali bangkit dalam usaha mengukuhkan muafakat Melayu-Islam jika mahu menawan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Memang, kita semua ada luka. Dengan PPBM pun kita ada luka. Tetapi bagi saya itu pandangan peribadi. Sekarang, formulanya sudah ada atas meja.

Kalau kita nak memang PRU15, PAS-Umno-PPBM mesti bersatu. Tanggungjawab Umno sekarang ini adalah memimpin penyatuan Melayu-Islam supaya kita dapat bentuk sekuat-kuatnya penyatuan dan sekat kemaraan DAP, katanya.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.



SUMBER : mindarakyat.net



Live Website Traffic


loading...