EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Laung azan ketika ribut badai rumah [METROTV]

0 month ago, 20-Nov-2020

Laung azan ketika ribut badai rumah [METROTV]..

Seremban: Penduduk melaungkan azan bagi memohon perlindungan dan meredakan ketakutan, sebaik berlakunya ribut serta angin menyamai puting beliung di Kampung Kayu Ara, Mambau di sini, semalam. Syahfizil Zuhairillah Shafie, 37, berkata, ketika situasi mencemaskan itu, dia dan keluarganya yang berada di luar rumah segera masuk dan melaungkan azan. "Ribut membawa bersama hujan lebat pada jam 4.15 petang. Lebih menakutkan apabila angin kuat seperti puting beliung. "Tidak tunggu lama, saya terus melaungkan azan dan dalam tempoh lima minit, angin menerbangkan atap rumah ibu bapa saya dan ahli keluarga berdekatan selain pokok tumbang. "Ada pokok mangga yang tumbang di tepi rumah nyaris menghempap bumbung dapur," katanya ketika ditemui di rumah keluarga, hari ini. Dia yang bekerja sebagai posmen bersyukur kerana tiada ahli keluarganya yang cedera walaupun hampir separuh atap rumah ibu bapanya rosak. Ribut itu menyebabkan 56 rumah di Kampung Batu 3; Kampung Anak Air Garam; Kampung Kayu ...

SUMBER : dailymotion



Live Website Traffic


loading...